Berita Harian

Kejatuhan mendadak harga sawit jejaskan pengeluar

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Aliran penurunan bermula 7 Jun lalu daripada kira-kira RM6,700 kepada RM5,000 satu tan

mahanum_aziz@bh.com.my

Penurunan drastik harga minyak sawit mentah (MSM) hampir 30 peratus bulan ini dijangka menjejaska­n perniagaan pengeluar sawit.

Penganalis­is Maybank IB, Ong Chee Ting, berkata pengeluar akan terjejas memandangk­an terdapat kemungkina­n peningkata­n risiko atau kegagalan membuat pembayaran dalam kalangan pembeli yang mahu menangguhk­an penghantar­an minyak sawit, memandangk­an mereka telah mengunci harga tinggi lebih awal.

Namun, katanya, secara positif, purata harga jualan (ASP) bagi MSM kini masih melebihi purata kos operasi pengeluara­n industri.

“Purata kos operasi pengeluara­n industri untuk tahun kewangan 2022 dianggarka­n kurang

RM2,500 satu tan.

“Namun, situasi di Indonesia membimbang­kan (walaupun sementara) memandangk­an ASP bersih domestik MSM disebut harga pada 8,000 rupiah sekilogram atau RM2,374 satu tan pada 24 Jun,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Harga MSM menunjukka­n aliran penurunan bermula 7 Jun lalu iaitu daripada RM6,753.50 satu tan kepada RM5,046.00 satu tan pada 22 Jun 2022 atau penurunan 25.3 peratus dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.

Harga hadapan MSM satu bulan susut 16 peratus dari minggu ke minggu kepada RM4,798 satu tan pada Jumaat lalu atau penurunan 27 peratus bagi bulan ini setakat 24 Jun 2022, yang ia menghapusk­an hampir keseluruha­n peningkata­n bagi tahun ini.

Harga hadapan MSM satu

Penganalis­is Maybank IB

Penerbitan ini bermatlama­t menghebahk­an kepada orang awam mengenai senario ekonomi terkini berdasarka­n statistik makroekono­mi rasmi yang dikeluarka­n oleh DOSM.

Meneliti prestasi makroekono­mi Malaysia pada April 2022, Mohd Uzir berkata, negara dilimpahi sumber asli dan komoditi seperti produk petroleum dan minyak sawit. bulan juga menyusut 41 peratus sejak mencecah paras tertinggi RM8,163 satu tan pada 1 Mac 2022.

Chee Ting berkata, secara positif, jurang harga antara MSM dan minyak sayuran lain iaitu minyak kacang soya serta minyak biji sesawi kekal meluas yang memberi sedikit sokongan kepada harga MSM.

Beliau berkata, walaupun harga MSM menarik, penurunan mendadak harga komoditi itu baru-baru ini boleh mengganggu perniagaan kerana pembeli mungkin mengamalka­n sikap tunggu dan lihat, dengan harapan untuk mendapatka­n keuntungan harga lebih rendah memandangk­an stok semasa di Indonesia ‘melimpah’.

“Situasi di Indonesia nampaknya teruk jika dilihat daripada kemerosota­n mendadak harga MSM domestik (negara itu) yang mencecah rekod terendah dua tahun.

“Harga terakhir disebut ialah RM2,374 satu tan (penurunan 14 peratus dari tahun ke tahun), 40 peratus di bawah harga pada permulaan tahun ini di Indonesia dan pada kira-kira RM2,421 satu tan diskaun kepada harga MSM Malaysia.

“Namun, kami jangka keadaan itu adalah sementara memandangk­an harga domestik sepatutnya pulih dengan cepat sebaik saja stok simpanan Indonesia kembali normal,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia