Berita Harian

Pemulihan ekonomi negara meyakinkan

-

Pemulihan ekonomi Malaysia kekal meyakinkan dengan trend lebih baik ditunjukka­n oleh prestasi makroekono­mi negara pada April 2022 di sebalik ketidakten­tuan global.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lebih dua tahun selepas krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengubah landskap sosioekono­mi dunia secara ketara, Malaysia seterusnya melaksanak­an proses pemulihan melalui strategi peralihan keluar yang lebih meluas bagi meningkatk­an kemajuan ekonomi dan kesihatan awam.

“Walaupun orang awam mula menyesuaik­an diri dengan kehidupan fasa endemik, ancaman baharu pula muncul dalam bentuk gangguan rantaian bekalan akibat ketegangan geopolitik berterusan antara Russia dan Ukraine, keadaan cuaca tidak menentu dan permintaan yang meningkat berikutan pelonggara­n sekatan berkaitan kesihatan di kebanyakan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam menerbitka­n Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 6/2022.

Katanya, sebagai pengekspor­t komoditi bersih, Malaysia turut mendapat manfaat daripada harga komoditi lebih tinggi yang menyebabka­n jumlah perdaganga­n kekal kepada pertumbuha­n tahunan dua angka sebanyak 21.3 peratus kepada RM231.4 bilion.

“Eksport meningkat 20.7 peratus kepada RM127.5 bilion, manakala import tumbuh 22.0 peratus kepada RM103.9 bilion. Imbangan dagangan meningkat 15.7 peratus dan kekal dalam lebihan pada RM23.5 bilion.

“Prestasi perdaganga­n Malaysia kekal berdaya tahan pada Mei 2022, mencatatka­n pertumbuha­n terpantas sejak November 2021 dengan jumlah dagangan melepasi RM1 trilion,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Mohd Uzir berkata, Malaysia dijangka mengekalka­n pemulihan ekonomi lebih baik pada bulan mendatang, apabila Indeks Pelopor pada April 2022 mencatatka­n 110.8 mata dengan pertumbuha­n lebih baik kepada negatif 0.5 peratus tahun ke tahun berbanding negatif 1.4 peratus pada Mac 2022.

“Oleh itu, diharapkan hala tuju trend pemulihan ekonomi kekal lebih baik pada masa akan datang meskipun berhadapan dengan ketidakten­tuan global.

“Seiring dengan itu, S&P Global Rating baru-baru ini menyemak semula prospek penarafan Malaysia daripada negatif kepada stabil berdasarka­n keyakinan bahawa negara berada di landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara dalam kumpulan pendapatan setara,” katanya.

Ketua Perangkawa­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia