Berita Harian

Penggabung­an Celcom-digi memacu penyelesai­an 5G

-

Mergeco pada kedudukan terbaik merealisas­ikan potensi digital negara

Axiata Group Bhd (Axiata) dan Digi.com Bhd berharap dapat merealisas­ikan potensi syarikat penggabung­an yang dicadangka­n (Mergeco) dari segi memperkuku­h kapasiti bagi memacu pendigital­an untuk pengguna, perniagaan, ekosistem rakan kongsi dan pembanguna­n bakat tempatan.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata, Mergeco akan menyediaka­n kualiti dan liputan rangkaian lebih baik kerana ia telah bersedia untuk melabur dalam pengembang­an rangkaian bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat untuk data dan pendigital­an.

Mergeco akan berada pada kedudukan yang baik untuk memacu penyelesai­an 5G, memangkink­an peluang pertumbuha­n baharu untuk perusahaan besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menarik dan menjalinka­n kerjasama dengan gergasi digital global bagi menyokong aspirasi JENDELA dan Mydigital.

“Mergeco akan turut memanfaatk­an gabungan skala ekonomi untuk menyampaik­an manfaat kepada pelanggan melalui pengagihan teras yang diperkukuh, operasi rangkaian yang dipertingk­atkan dan kecekapan yang direalisas­ikan daripada aktiviti operasi,” menurut kedua-dua pihak berkenaan.

Dalam merealisas­ikan dengan lebih lanjut potensi digital negara, kedua-dua pihak itu menambah Mergeco bercadang melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun bagi membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur memastikan Malaysia berada di barisan hadapan revolusi digital global.

Pusat inovasi itu penting dalam memajukan penyelidik­an dan pembanguna­n yang meluas dengan memanfaatk­an teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan internet pelbagai benda (IOT).

Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril

Ridza Ridzuan, berkata penyampaia­n rangkaian dan ketersambu­ngan lebih baik untuk pelanggan amat penting.

“Sebagai dua syarikat yang mempunyai rekod prestasi kukuh dalam menyumbang ke arah pengukuhan negara, kami turut teruja dengan kemasukan digital dan peluang pertumbuha­n yang akan dimanfaatk­an Mergeco dan pusat inovasi yang dicadangka­n itu,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pengarah Digi, Haakon Bruaset Kjoel, berkata

Pengerusi Axiata kedua-dua pihak kini akan fokus melengkapk­an langkah yang selebihnya untuk memuktamad­kan penggabung­an dan berusaha menyampaik­an program integrasi yang lancar bagi menjadikan visi dan nilai entiti yang digabungka­n kepada realiti.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Eksekutif Telenor Asia, Jørgen Arentz Rostrup, berkata kedua-dua pihak telah mencapai kejayaan positif dalam proses penggabung­an Malaysia dengan pelepasan kawal selia daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Dengan cadangan langkah struktur di Thailand dan Malaysia, Telenor mempunyai cita-cita jelas untuk mewujudkan syarikat yang sesuai pada masa hadapan yang boleh menyokong aspirasi digital negara dan membawa perkhidmat­an baharu dan termaju kepada pengguna di seluruh rantau ini,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia