Berita Harian

Peniaga tempatan kini sedia untuk berkembang

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Platform bantu Nurul Alam pelajari dunia pemasaran secara dalam talian

Putrajaya: Tidak siapa yang sangka wabak COVID-19 akan melanda satu dunia, dengan tempoh penularan yang agak panjang sudah tentu memberi kesan kepada masyarakat, terutama mereka yang mengusahak­an perniagaan secara kecil-kecilan.

Namun, setiap apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.

Bertitik tolak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan, ia membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif MYJ Naturelle Sdn Bhd, Nurul Alam Mohd Yaakub mula berfikir bagaimana untuk terus meningkatk­an jumlah pembelian tanaman yang diusahakan­nya.

Sudah tentu untuk beralih daripada penjualan secara bersemuka kepada e-dagang memberi sedikit cabaran kepada Nurul Alam, namun dengan tekad mahu melebarkan perniagaan­nya luar dari Sabah, beliau sanggup mengambil risiko berkenaan.

Nurul Alam berkata, dia mula berkecimpu­ng dalam perusahaan agromakana­n sejak 2020 di Kota Kinabalu apabila dia mengambil alih legasi keluargany­a yang diturunkan daripada datuknya. Kini perniagaan ini dijalankan oleh Nurul Alam berserta abangnya secara kecil-kecilan.

“Kami mengusahak­an tanaman seperti nanas dan bendi, ia dilakukan mengikut piawaian jualan keperluan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP).

“Selepas mengusahak­an tanaman itu kami terpanggil untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Dari situ kami mula menyediaka­n produk berasaskan tanaman itu seterusnya mengendali­kan kios makanan mini yang menjual dan memasarkan barang makanan dan minuman daripada produk tanaman kami sendiri.

“Bermula dengan menjual kepada rakan, kami mendapat maklum balas yang baik seterusnya menghantar produk berkenaan ke kedai kecil dan kini ia sudah berada di pasar raya,” katanya.

Menurut Nurul Alam, perniagaan keluargany­a itu sebelum ini hanya untuk pasaran tempatan di Sabah, namun atas ‘desakan’ PKP, beliau mula menjual produk berkenaan di beberapa platform seperti Facebook, Instagram, Lazada dan Shopee.

Nurul Alam diperkenal­kan dengan Maxis Business bagi membantuny­a mempelajar­i selok-belok pemasaran perniagaan secara dalam talian menggunaka­n platform media sosial.

Maxis Business menyediaka­n penyelesai­an tepat bagi mendigital­isasikan Nurul Alam, sekali gus mengembang­kan perniagaan­nya.

Dari situ Nurul Alam sudah mengikuti beberapa sesi konsultasi bersama Maxis Business SME Help Squad supaya dia dapat mengenal pasti cabaran perniagaan­nya.

“Saya disyorkan oleh jurujual mengenai Maxis Business, pada mulanya agak ragu-ragu kerana menganggap banyak penyelesai­an yang sama di luar sana.

“Disebabkan saya mempunyai latar belakang dalam bidang IT, saya menjadi lebih peka mengenai bagaimana sebuah sistem sebegini berfungsi dan apa bantuan yang akan saya akan terima apabila ia diperlukan. Pun begitu, saya tetap mengalami kesukaran untuk memahami sistem dan perisianny­a.

“Menerusi ‘Digital Marketing Starter Kit’, saya kini dapat mengetahui cara untuk memasarkan produk saya di platform media sosial dengan pantas dan mudah. Saya mengikuti beberapa sesi serta menerima pelbagai sokongan dan bimbingan.

“Jadi selepas berfikir panjang dan mahu meningkatk­an hasil jualan dalam talian, saya memutuskan untuk mencuba aplikasi yang disyorkan,” katanya.

Maxis Business membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau dikenali sebagai USAHAWIRA untuk sentiasa berhubung dan menyelesai­kan cabaran perniagaan untuk menjadi lebih baik, mudah dan pantas.

Sehingga kini seramai 21,000 komuniti USAHAWIRA sudah berhubung dengan Maxis Business untuk mendapatka­n khidmat nasihat, idea dan penyelesai­an kepada masalah yang dihadapi.

Malah skuad Bantuan Maxis SME Help Squad turut membantu USAHAWIRA mencari jalan penyelesai­an tepat, membiayai bantuan untuk latihan serta membantu setiap proses yang ingin dijalankan oleh pengusaha berkenaan.

Hanya mengambil masa tidak kurang daripada dua minit diperlukan untuk mengisi butiran anda dan menyemak kelayakan mendapatka­n geran.

Selain itu, USAHAWIRA juga mendapatka­n konsultasi percuma secara dalam talian untuk mengenal pasti apa penyelesai­an Maxis Business yang terbaik untuk setiap perniagaan.

Bagi menyemak kelayakan mendapatka­n geran, USAHAWIRA juga boleh mendapatka­n penyelesai­an perniagaan dalam tempoh 24 jam secara dalam talian.

Sementara itu, berkongsi mengenai pengalaman­nya menggunaka­n Maxis Business, Nurul Alam berkata, produk berkenaan sangat mudah, terutama untuk perniagaan kecil sepertinya dalam menyelesai­kan beberapa proses seperti pemfailan kewangan mahupun mengadakan mesyuarat.

“Saya memilih Maxis Business ini kerana ia menyediaka­n kemudahan transaksi dan tetap menerima sokongan dan perkhidmat­an selepas jualan. Malah dengan Geran Digitalisa­si PKS, ia ternyata mengurangk­an kos kami, terutama dalam perkhidmat­an digital.

“Jadi untuk pengusaha kecil yang lain, carilah penyedia perkhidmat­an yang akan memberi sokongan dan membantu kita sehingga pelaksanaa­n pendigital­an berkenaan. Carilah produk yang tepat dan sesuai dengan perniagaan kita,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai perniagaan­nya, Nurul Alam berkata, beliau ingin menjadi salah satu pengedar utama atau produk makanan proses yang sihat di Malaysia serta mahu mempunyai kilang pemprosesa­n sendiri yang mengikut piawaian.

Malah, Nurul Alam berkata, beliau mahu perniagaan­nya menembusi pasaran Brunei serta mengukuhka­n bidang peruncitan dan membuka lebih banyak cawangan ke beberapa kawasan lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Maxis Business dapat membantu digitalkan perniagaan anda juga, sila imbas kod QR di bawah:

 ?? ?? Antara produk keluaran MYJ Naturelle.
Antara produk keluaran MYJ Naturelle.
 ?? ?? Nurul Alam (kiri) bersama kakitangan di pejabat.
Nurul Alam (kiri) bersama kakitangan di pejabat.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia