Berita Harian

Jualan hartanah diunjur mendatar

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Inflasi, krisis geopolitik jejas pemulihan permintaan mahanum_aziz@bh.com.my

Jualan hartanah bagi tahun ini dijangka berada pada paras sama seperti tahun lalu meskipun pasaran mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi, demikian kata penganalis­is.

RHB Research berkata, ketidakten­tuan yang dicetuskan tekanan inflasi, penyusutan ringgit dan potensi risiko kemeleseta­n di negara Barat akan menjejaska­n pemulihan permintaan.

Ia juga menjangkak­an tekanan kos berterusan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini dan isu kekurangan tenaga kerja tidak akan diselesaik­an tempoh terdekat memandangk­an pelbagai sektor juga bersaing untuk bekalan tenaga kerja sebaik saja ia tersedia.

“Walaupun pelaksanaa­n sekatan pergerakan, jualan hartanah pulih dengan kukuh pada separuh kedua 2021, didorong juga oleh Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

“Seperti yang dijangkaka­n, jualan hartanah merosot suku pertama 2022 selepas tamat tempoh HOC pada Disember 2021 berikutan kebanyakan pembeli mengemukak­an pembelian untuk menikmati faedah.

“Pada asas agregat, jualan hartanah suku pertama 2022 jatuh 28 peratus dari tahun ke tahun dan 34 peratus dari suku ke suku tahunan. Walaupun semua pemaju di bawah liputan kami masih mengekalka­n sasaran jualan mereka, kami menjangkak­an beberapa risiko penurunan menuju ke depan,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Mengenai margin pemaju hartanah, RHB Research berkata, projek baharu mungkin menyaksika­n margin lebih tipis berikutan ketidakupa­yaan untuk menyerahka­n sepenuhnya kos pembinaan tambahan kepada pembeli rumah.

Ia berkata, pemaju hartanah sudah mencatatka­n penurunan margin sejak 4 atau 5 tahun lalu berikutan diskaun dan rebat yang ditawarkan untuk menyelesai­kan inventori yang tidak terjual dan trend margin itu dijangka berterusan.

“Walaupun lonjakan dalam kos bahan binaan dan kos tenaga kerja lebih tinggi, kesan keseluruha­n kepada pemaju akan lebih beransur-ansur berikutan beberapa kontrak telah diperoleh lebih awal,” katanya.

Mengenai kesan kadar faedah kepada pasaran hartanah, RHB Research menjangkak­an kesannya adalah secara beransur-ansur memandangk­an kadar gadai janji semasa agak sederhana berbanding kadar pada lima tahun lalu.

Sebaliknya, ia berkata, kadar faedah lebih tinggi boleh menjejaska­n pemaju hartanah yang mempunyai penggearan tinggi memandangk­an tambahan dalam kos pinjaman mungkin akan menjejaska­n lagi margin pembanguna­n dan seterusnya pendapatan.

Jualan hartanah merosot selepas tamat tempoh HOC pada Disember 2021.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia