Berita Harian

Kenaikan faedah bimbangkan pelabur

-

Kebimbanga­n terhadap kemeleseta­n yang bakal berlaku disebabkan kenaikan kadar faedah mendadak oleh Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pasaran saham Asia semalam.

Pasaran Asia kebanyakan­nya rendah, seiring dengan penurunan mendadak di Wall Street.

Bank pusat AS, Rizab Persekutua­n

(Fed) baru-baru ini menaikkan kadar faedahnya bagi memerangi lonjakan tinggi inflasi negara itu.

Penjualan besar-besaran di pasaran global itu berlaku selepas lebih seminggu merekodkan keuntungan dengan harapan sebarang tanda penguncupa­n boleh memberi ruang kepada bank pusat untuk mengurangk­an kadar pengetatan monetari.

Dagangan yang tidak menentu menunjukka­n kesukaran pelabur untuk mendapatka­n keyakinan, sama seperti dialami pembuat dasar kewangan yang bergelut untuk mencari keseimbang­an antara menahan harga daripada meningkat dan mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi.

Penjualan besar-besaran semalam berlaku selepas tiga indeks utama New York merosot sebagai tindak balas kepada data yang menunjukka­n keyakinan dalam kalangan pengguna AS jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih setahun.

Data yang lemah itu sebahagian­nya didorong oleh jangkaan inflasi akan berterusan, menunjukka­n pengguna tidak pasti usaha agresif Fed untuk menjinakka­n inflasi akan berjaya.

Keyakinan pengguna di AS adalah pemacu penting kepada ekonomi negara itu.

Laporan itu membayangi langkah mengejut China untuk mengurangk­an tempoh kuarantin bagi pelancong, meningkatk­an harapan untuk kelonggara­n lebih lanjut yang bakal membolehka­n ekonomi negara itu pulih lebih cepat.

Pada awal dagangan di Asia semalam, pasaran Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Sydney, Seoul, Taipei, Jakarta dan Wellington didagangka­n rendah.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia