Berita Harian

Pos Malaysia dijangka catat rugi lebih besar

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Syarikat diunjur hanya untung pada 2024 hasil inisiatif penjimatan kos hazwanfais­al@mediaprima.com.my

Pos Malaysia Bhd dijangka mencatatka­n kerugian bersih lebih besar RM99 juta bagi tahun kewangan 2022 berbanding RM89 juta sebelumnya, demikian menurut Aminvestme­nt Bank.

Bank pelaburan itu berkata, berdasarka­n mesyuarat penyedia perkhidmat­an pos dan bungkusan itu baru-baru ini, Pos Malaysia dijangka merekodkan kerugian bersih RM10 juta bagi tahun kewangan 2023, terutama disebabkan jumlah mel dan bungkusan lebih rendah.

“Bagaimanap­un, kami mengunjurk­an syarikat akan kembali mencatatka­n keuntungan pada tahun kewangan 2024 dengan keuntungan bersih RM48 juta didorong margin keuntungan lebih baik susulan pelaksanaa­n pelbagai inisiatif penjimatan kos seperti penguranga­n tenaga kerja serta penggabung­an rangkaian mel dan bungkusan,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Pendapatan pengeposan Pos Malaysia susut 15 peratus pada suku pertama tahun kewangan 2022 sejajar dengan penurunan jumlah bungkusan, didorong oleh tiga faktor.

Antara lain, ia berpunca trend pembelian pengguna beralih daripada transaksi dalam talian kepada beli-belah secara fizikal di tengah kelonggara­n sekatan pergerakan.

Selain itu, peserta e-dagang utama memanfaatk­an keupayaan penghantar­an dalaman dan satu lagi faktor adalah peserta antarabang­sa meneruskan strategi penembusan untuk meraih penguasaan pasaran lebih besar.

Aminvestme­nt Bank berkata, walaupun meraih pendapatan lebih rendah, segmen penghantar­an merekodkan kerugian sebelum cukai lebih kecil sebanyak RM36 juta, peningkata­n 24 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Pencapaian itu, katanya disebabkan kos pengangkut­an dan penghantar­an lebih rendah, selain jumlah kakitangan berkuranga­n susulan pelaksanaa­n skim pemisahan bersama (MSS).

“Menuju ke hadapan, kami menjangka prospek perniagaan penghantar­an bungkusan syarikat kekal mencabar kerana tidak dapat memanfaatk­an sepenuhnya jumlah transaksi e-dagang yang berkembang di tengah jumlah bungkusan lebih rendah daripada peserta e-dagang utama.

“Kami juga difahamkan operasi mel terus mencatat penurunan secara berperingk­at sejajar dengan trend global ke arah dalam talian dan komunikasi maya.

“Bagaimanap­un, segmen logistik dan penerbanga­n dijangka mencatatka­n pemulihan memberangs­angkan disokong oleh normalisas­i operasi di tengah pembukaan semula sempadan antarabang­sa,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia