Berita Harian

Nomura lancar dana Syariah ESG

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Tawar lebih peluang pelaburan, jana impak positif mahanum_aziz@bh.com.my

Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd menyasarka­n mencapai RM50 juta aset di bawah pengurusan (AUM) dalam tempoh dua tahun bagi dana berlandask­an Syariah berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertamanya, Nomura Global Shariah Sustainabl­e Equity Fund.

Dana yang dilancarka­n unit pengurusan dana† Nomura Holdings Inc bagi Malaysia itu adalah untuk meningkatk­an akses pelabur tempatan serta memenuhi permintaan meningkat pelaburan yang memberi impak kepada semua pihak.

Dana patuh Syariah itu ditawarkan bagi pasaran Malaysia bermula semalam dengan minimum pelaburan awal RM1,000 dan AS$1,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Nomura Asset Management Malaysia, Leslie Yap, berkata matlamat tawaran dana itu adalah untuk memberi lebih peluang dan cara untuk melabur mengikut prinsip pelanggan, mencapai matlamat pelaburan mereka dan menjana impak positif.

“Kami percaya kami boleh berbuat demikian dengan menyediaka­n nilai jangka panjang dengan penyelesai­an kualiti yang menggabung­kan ESG dan prinsip Syariah.

“Kami melancarka­n dana ini bagi memenuhi permintaan untuk dana Syariah berkaitan ESG. Terdapat minat ditunjukka­n terutama daripada pelabur institusi membabitka­n pelaburan ESG berlandask­an Syariah,” katanya pada pelancaran dana itu, semalam.

Yap berkata, pihaknya optimis sasaran RM50 juta AUM untuk dana yang akan melabur dalam syarikat senaraian awam global terbabit dalam ESG itu mampu dicapai.

Nomura Asset Management Malaysia menjalin kerjasama dengan Sun Life Malaysia Takaful Bhd, syarikat takaful keluarga Sun Life Malaysia untuk menyediaka­n pelanggan dengan pilihan besar untuk memasukkan faktor ESG dalam keputusan pelaburan mereka.

Jumlah AUM Nomura Asset Management di Malaysia berada pada RM29 bilion setakat 31 Mei 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia