Berita Harian

Irmohizam terima anugerah ekonomi digital dunia

-

Pengerusi Persidanga­n & Pameran (C&E), Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Associatio­n (WTCA) dan Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima ‘World Digital Economy Corporate CEO Lifetime Achievemen­t Award’ pada World Digital Economy & Technology Summit.

Acara dua hari yang diadakan sehingga semalam di Kuala Lumpur itu dianjurkan bersama oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific (sebuah badan pemikir serantau dan nasional yang terkemuka), Pacific Basin Economic Council (PBEC), organisasi CEO tertua di Asia Pasifik yang diasaskan oleh CEO di Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada 1967 serta Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL).

Secara keseluruha­n, 38 anugerah diserahkan di bawah dua kategori iaitu ‘World Digital Distinguis­hed Entreprene­ur Lifetime Achievemen­t Awards’ dan ‘Corporate Excellence Awards’.

WTCKL dalam kenyataann­ya berkata, anugerah memberi mesej penting akan peranan ekonomi digital dalam masyarakat hari ini terutama sekali selepas pandemik COVID-19.

Katanya, ekonomi digital membuktika­n bahawa ia alat yang mudah untuk kemajuan yang positif serta dapat membantu untuk bertahan sewaktu berdepan dengan situasi krisis yang mencabar ini.

“Kami seluruh warga kerja WTCKL mengucapka­n setinggiti­nggi tahniah kepada Irmohizam atas penghormat­an dan pengiktira­fan berprestij ini.

“Pengiktira­fan ini adalah satu perakuan bahawa beliau berdiri sama tinggi dan berada di dalam senarai kumpulan ketua industri yang hebat.

Irmohizam bersama anugerah yang diterima pada World Digital Economy & Technology Summit.

“Termasuk dalam senarai adalah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM), Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor; Rakan Kongsi Futureread­y Consulting, Datuk Yasmin Mahmood; dan Penasihat Asia-pacific Region, Global One Belt One Road Associatio­n, Malaysia, Datuk Dr Chin Yew Sin,” katanya.

WTCKL berkata, pencapaian itu sudah pasti akan membawanya ke tahap lebih tinggi.

“Motivasi Irmohizam untuk menerima teknologi dan inovasi membolehka­n WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepa­tkan pertumbuha­n dalam Acara Perniagaan (BE) dan Industri Mesyuarat, Insentif, Persidanga­n dan Pameran (MICE) yang membolehka­n industri memperoleh semula momentum pra-pandemik,” katanya.

 ?? (Foto ihsan WTCKL) ??
(Foto ihsan WTCKL)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia