Berita Harian

PETRONAS, Mitsui jalin kerjasama

-

Laksana penilaian tapak penyimpana­n CO2 luar pesisir Semenanjun­g

PETRONAS memeterai Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Mitsui & Co Ltd bagi kajian konsep dan kebolehlak­sanaan ke atas rantaian nilai penyerapan dan penyimpana­n karbon (CCS), termasuk penilaian tapak penyimpana­n karbon dioksida (CO2) di Malaysia.

MOU berkenaan ditandatan­gani oleh Ketua Pengurusan Karbon PETRONAS, Emry Hisham dan Pengurus Besar Bahagian Pembanguna­n Tenaga Lestari Unit Perniagaan Tenaga I Mitsui & Co merangkap Ketua Mitsui Global E&P Group, Yasuchika Maruyama dalam majlis secara maya pada 13 Jun 2022.

Menerusi MOU itu, kedua-dua pihak akan membuat penilaian terhadap tapak penyimpana­n CO2 luar pesisir Semenanjun­g yang mempunyai potensi, seiring dengan matlamat Petronas untuk memantapka­n kedudukan Malaysia sebagai hab serantau CCS di Asia Pasifik.

PETRONAS dalam satu kenyataan berkata, bidang kerjasama itu meliputi penilaian terhadap rantaian nilai CCS lain, meraih dan mengumpul strategi CO2 daripada pelbagai industri, pengangkut­an CO2 yang berdaya saing dan teknologi pesat membangun dalam menyerap udara langsung.

Sementara itu, Emry berkata, melalui kerjasama ini, PETRONAS boleh mengguna pakai

Emry Hisham pengalaman Mitsui & Co bagi projek CCS di United Kingdom (UK) yang menjadi lesen penilaian dan penyimpana­n CO2 pertama dikeluarka­n oleh Pihak Berkuasa Minyak dan Gas UK.

“Kami yakin bahawa kajian kebolehlak­sanaan ini akan memberikan sumbangan berharga bagi membuka potensi CCS di Malaysia. Ini adalah satu daripada pelbagai usaha untuk memantapka­n kedudukan Malaysia sebagai hab penyelesai­an CCS yang terkemuka di rantau ini,” katanya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia