Berita Harian

Tropicana, Affin Bank bantu pembeli rumah

- Oleh Alzahrin Alias

Bolehkan pemilikan kediaman dengan bayaran bulanan lebih rendah zahrin@bh.com.my

Tropicana Corporatio­n Bhd bekerjasam­a dengan Affin Bank menyelesai­kan isu pembiayaan rumah menerusi kempen Home Step Fast/i.

Inisiatif pemilikan gaya hidup yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan pelabur hartanah, kempen Home Step Fast/i membolehka­n pembeli memiliki rumah idaman dengan bayaran bulanan lebih rendah sambil menikmati aliran tunai lebih besar selama lima tahun selepas penyerahan.

Inisiatif itu dilaksanak­an di tengah-tengah sentimen pasaran semakin bertambah baik, dengan permohonan pinjaman rumah sedang meningkat.

Pengarah Urusan Kanan, Pemasaran & Jualan Tropicana, Joanne Lee yang berkongsi mengenai kerjasama itu dan strategi kumpulan untuk menyokong agenda perumahan negara berkata, menurut data Bank Negara Malaysia (BNM), sentimen pasaran adalah positif dengan jumlah pinjaman yang dipohon untuk pembelian hartanah meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun kepada RM28.6 bilion pada Februari dengan kadar dasar semalaman (OPR) agak rendah pada 2.00 peratus.

“Kerjasama Tropicana dengan Affin Bank adalah tepat pada waktunya dengan peningkata­n permintaan dan persekitar­an yang kondusif, kerana kempen Home Step Fast/i mengurangk­an tuntutan bayaran muka, sekali gus memudahkan perjalanan pemilikan rumah terutama untuk pembeli dan keluarga muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kempen itu membolehka­n pembeli menikmati aliran tunai yang lebih

Pengarah Urusan Kanan, Pemasaran & Jualan Tropicana besar, sekali gus boleh digunakan untuk perbelanja­an selepas penyerahan seperti duti setem atau kos ubah suai, malah boleh disimpan untuk perbelanja­an lain ketika mereka mula membina keluarga, kerjaya atau perniagaan.

“Kerjasama dengan Affin Bank mewakili fokus kumpulan terhadap kerjasama pintar dan penyelesai­an inovatif, ketika ia meneruskan moto ‘Redefining the Art of Living’,” katanya.

Kempen Home Step Fast/i disediakan untuk semua hartanah kediaman siap atau sedang dibina Tropicana di bawah Akta Pemajuan Perumahan 1996 bernilai RM500,000 dan ke atas.

Ini termasuk Aman 1 dan Hana Residences di Tropicana Aman, perbandara­n terbesar kumpulan seluas 863 ekar di Kota Kemuning; dan Edelweiss Serviced Residences di Tropicana Gardens, pembanguna­n bersepadu berorienta­sikan transit di Tropicana Indah, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia