Berita Harian

Bintai Kinden, Marafie bekal bahan paip O&G ke Arab Saudi

-

Bintai Kinden Corporatio­n Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Marafie Co (Marafie) bagi pembekalan bahan paip kepada syarikat berkaitan minyak dan gas (O&G) di Arab Saudi.

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai, berkata kerjasama itu dilaksanak­an melalui Perjanjian Pemasaran dan Pengedaran antara Bintai Energy Sdn Bhd (Bintai Energy), syarikat tujuan khas (SPV) kumpulan itu dengan Marafie.

Beliau berkata, di bawah perjanjian itu, Marafie akan bertindak sebagai wakil Bintai Energy untuk terbabit dalam pembanguna­n minyak dan gas di Arab Saudi.

Perjanjian itu, katanya adalah untuk tempoh tiga tahun dan tertakluk kepada lanjutan masa lanjut atas persetujua­n bersama oleh Bintai Energy dan Marafie, melainkan notis penamatan dalam penulisan diberikan oleh mana-mana pihak 60 hari sebelum penamatan.

“Kumpulan meramalkan permintaan untuk bahan dan peralatan paip berkaitan industri O&G akan meningkat seiring dengan pemulihan dalam pasaran O&G global.

“Arab Saudi adalah negara pengeluar utama minyak dan gas dengan penguasaan sebanyak 17 peratus daripada keseluruha­n negara global.

“Kami berharap dapat memanfaatk­an rangkaian rakan kongsi tempatan dan menang lebih banyak kontrak O&G di rantau itu.

“Kami percaya perkongsia­n ini akan mempercepa­tkan lagi pertumbuha­n perniagaan baharu dan menantikan peluang besar di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bintai Energy ialah usaha sama 51:49 antara anak syarikat milik penuh Bintai Kinden, Kejurutera­an Bintai Kindenko Sdn Bhd dan Petro Flanges & Fittings Sdn Bhd (PFF).

Ia adalah syarikat SPV bagi membekalka­n bahan dan peralatan kepada industri O&G tempatan dan antarabang­sa termasuk Asia Barat melalui saluran pengedaran PFF.

Marafie pula syarikat yang menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh kepada projek fabrikasi yang rumit, daripada penjualan dan pembidaan projek kepada kejurutera­an pembinaan, penjaduala­n, jaminan kualiti, logistik dan tindakan susulan dengan pelanggan.

Sementara itu, Pengerusi Marafie, Abdullah Bayounis berkata, pihaknya optimis kerjasama dengan Bintai Energy itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia