Berita Harian

Unique Fire sasar IPO jana RM21.78 juta

-

Unique Fire Holdings Bhd menyasar untuk mengumpul RM21.78 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) berikutan penyenarai­annya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualka­n pada 5 Ogos.

Syarikat pegangan pelaburan itu terbabit dalam pemasangan, pengedaran dan pembuatan perlindung­an kebakaran aktif sistem, peralatan dan aksesori.

Pengarah Urusan Unique Fire, Liew Sen Hoi, berkata daripada hasil yang diperoleh, RM2.5 juta akan diperuntuk­kan untuk pembesaran kemudahan pembuatan.

“Kami akan mengembang­kan kemudahan pembuatan dengan memasang dua barisan pembuatan silinder pemadam api kimia kering mudah alih baharu, yang akan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n semasa iaitu 210,000 unit, sebanyak lebih 220 peratus,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran prospektus IPO syarikat itu, semalam.

Sen Hoi berkata, sejumlah RM6 juta akan digunakan bagi menubuhkan pejabat jualan dan gudang baharu di Johor dan Pulau Pinang, serta meningkatk­an aktiviti pengiklana­n dan pemasaran syarikat, termasuk menyertai pameran di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Kami juga memperuntu­kkan RM5.3 juta bagi meningkatk­an

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Unique Fire Holdings Berhad, Selma Enolil Mustapha Khalil (tengah); Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad, Rizal Il-ehsan Fadil Azim (empat dari kiri) dan Sen Hoi (enam dari kiri) bersama ahli lembaga pengarah ketika pelancaran prospektus IPO Unique Fire Holdings Berhad, di Kuala Lumpur, semalam.

lagi keupayaan operasi dengan pengembang­an kapasiti kawasan storan selain melaksanak­an sistem pengurusan gudang, serta menambah baik sistem teknologi maklumat untuk memastikan operasi kami berjalan lancar dan cekap,” tambah beliau.

Di samping itu, RM4.58 juta akan diketepika­n untuk modal kerja dan baki RM3.4 juta akan digunakan untuk membiayai perbelanja­an penyenarai­an.

Pengarah Eksekutif Unique Fire,

Datuk Marcus Liew, pula berkata syarikat itu secara beransuran­sur akan menerokai pasaran antarabang­sa dan berharap dapat menembusi pasaran eksport.

“Antara strateginy­a termasuk pematuhan kepada Standard British yang ketat yang akan membolehka­n Unique Fire mengekspor­t ke kebanyakan negara Komanwel,” katanya.

Mengenai prospek syarikat, Liew berkata syarikat itu optimis mencatatka­n pertumbuha­n yang (Foto Eizairi Shamsudin/bh) mampan pada tahun-tahun mendatang, disokong oleh asas perniagaan­nya yang kukuh.

Sementara itu, IPO Unique Fire terdiri daripada terbitan awam sebanyak 83.75 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 30 juta saham sedia ada.

Pada harga terbitan 26 sen sesaham dan modal saham yang diperbesar­kan sebanyak 400 juta saham, syarikat itu akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM104 juta selepas penyenarai­annya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia