Berita Harian

Sri Lanka minta bantuan Qatar bekalkan bahan api

-

Langkah tangani kekurangan petroleum, LPG, LNG akibat krisis ekonomi

New Delhi: Sri Lanka kini berusaha meminta bantuan Qatar untuk mendapatka­n bekalan bahan api memandangk­an keadaan tenaga di negara itu kekal suram di tengah-tengah krisis pertukaran asing.

Menteri Tenaga Sri Lanka, Kanchana Wijesekera, mengadakan perbincang­an dengan Menteri Hal Ehwal Tenaga Qatar, Saad Bin Sherida Al Kaabi untuk pembekalan produk petroleum, gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).

Wijesekera juga mengadakan pertemuan lain dengan Dana Qatar untuk Pembanguna­n bagi membincang­kan kemungkina­n kemudahan kredit untuk pembelian tenaga.

Lawatan menteri Sri Lanka itu adalah sebahagian daripada usaha negara berkenaan bagi mencari bekalan bahan api dan pertukaran asing untuk membeli barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Wijesekera sebelum ini, berkata Sri Lanka akan membenarka­n syarikat dari negara pengeluar minyak mengimport dan menjual bahan api itu, sekali gus menamatkan duopoli ketika ia cuba mengatasi kekurangan petrol dan diesel yang memburukka­n krisis ekonomi.

Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaa­nnya, dengan rizab pertukaran asing pada rekod terendah AS$1.92 bilion (RM8.4 bilion), menurut Bank Pusat, walaupun penganalis­is menganggar­kan tahap dana boleh guna adalah lebih rendah.

Pulau yang mempunyai 22 juta penduduk itu bergelut untuk membayar import penting makanan, ubat-ubatan dan paling kritikal, bahan api.

BERNAMA

Anggota tentera Sri Lanka berkawal di stesen minyak yang ditutup selepas kerajaan henti penjualan bahan api selama dua minggu

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia