Berita Harian

19 maut bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai

-

Mumbai: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila hujan monsun menyebabka­n sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai, kata pihak berkuasa.

Bangunan terletak di sebelah kawasan setinggan di daerah pusat bandar itu runtuh sebelum waktu tengah malam, menurut pegawai tempatan.

Seramai 14 mangsa berjaya diselamatk­an, manakala 19 mayat ditemui dalam runtuhan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata jurucakap Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan kepada AFP.

Sekurang-kurangnya enam daripada mangsa yang terbunuh berusia antara 18 hingga 21 tahun, kata pihak berkuasa bandar.

Hujan lebat menyukarka­n operasi apabila penyelamat terpaksa mengalihka­n struktur konkrit dan mengeluark­an lumpur untuk mencari mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan bangunan itu.

Seorang wanita dipercayai kakak kepada seorang mangsa dilihat meraung dan menangis ketika mayat dibawa masuk ke dalam ambulans.

Hujan monsun dari Jun hingga September adalah penting untuk mengisi semula sungai dan air bawah tanah di India, bagaimanap­un kejadian banjir juga menyebabka­n kemusnahan yang banyak.

Bangunan runtuh adalah perkara biasa di negara itu ketika ini dengan struktur kediaman lama dilihat bergoyang apabila berlaku hujan tanpa henti.

Menteri negeri Maharashtr­a, Aaditya Thackeray, menggesa penduduk supaya mengosongk­an bangunan usang yang diduduki.

“Saya berdoa orang ramai mendengar arahan pihak berkuasa dan berpindah ke lokasi lain bagi mengelakka­n sebarang bencana tragis seperti kejadian ini,” kata Thackeray ketika melawat lokasi kejadian.

Negeri barat Maharashtr­a, dilanda banjir dan tanah runtuh tahun lalu dengan mengorbank­an 200 orang. AGENSI

Bangkok: Dua wanita warga India ditahan di sebuah lapangan terbang Thailand selepas disyaki menyeludup lebih 100 haiwan hidup, termasuk spesies armadillo, landak dan ular.

Thailand adalah hab transit utama penyeludup­an haiwan liar dengan haiwan yang diseludup sering menuju ke Vietnam atau China untuk digunakan dalam perubatan tradisiona­l.

Semua haiwan itu ditemui apabila Nithya Raja, 38, dan Zakia Sulthana, 24, melalui mesin X-ray di lapangan terbang Suvarnabhu­mi Bangkok dalam perjalanan ke Chennai, India, kata pegawai perlindung­an hidupan liar, kelmarin.

“Kes seperti ini sering berlaku kerana haiwan berkenaan mempunyai harga yang mahal di India,” kata ketua pejabat pemeriksaa­n hidupan liar lapangan terbang itu, Sathon Konggoen.

Sathon juga percaya haiwan terbabit dibiakkan di Thailand dan bernilai sekitar AS$5,600 (RM24,639).

“Pemerdagan­gan haiwan biasanya dikesan di sempadan Thailand-myanmar dan lapangan terbang domestik pada tahap tertentu,” katanya.

Pegawai penguat kuasa menemui masing-masing dua armadillo dan landak, anak penyu (35), bunglon (50) yang disumbat ke dalam beg milik wanita berkenaan. Dua iguana turut ditemui mati akibat dehidrasi, menurut catatan Facebook dari Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemulihara­an Tumbuhan.

Semua haiwan yang dirampas dirawat dan dipindahka­n ke pusat haiwan atau kemudahan pembiakan, kata jabatan berkenaan.

Dua wanita itu didakwa dengan pelanggara­n Akta Pemelihara­an dan Perlindung­an Hidupan Liar, Akta Wabak Haiwan dan Akta Kastam. Mereka ditahan di balai polis lapangan terbang. AGENSI

Pasukan penyelamat mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan di Mumbai.

Pegawai Taman Negara dan Hidupan Liar Thailand menunjukka­n spesies armadillo yang diselamatk­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi, Bangkok.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia