Berita Harian

Cacar monyet kian merebak di UK

-

Satu pertiga daripada kes seluruh dunia dilaporkan di Britain

London: Data terkini yang diterbitka­n oleh Agensi Keselamata­n Kesihatan United Kingdom (UKHSA) kelmarin, menunjukka­n angka sah kes cacar monyet di Britain mencecah 1,076.

Menurut UKHSA, setakat 26 Jun lalu terdapat 1,076 kes sah makmal di Britain.

Daripada jumlah itu, 27 kes adalah di Scotland, Ireland Utara (5), Wales (9) dan England (1,035).

Sejak kemas kini terdahulu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Jun lalu, terdapat 1,310 kes baharu direkodkan dengan lapan kes negara baharu dilaporkan.

Ia bermaksud hampir satu pertiga daripada semua kes di seluruh dunia dilaporkan sejak penularan wabak hingga kini mula muncul di Britain.

Dalam kemas kini terbaru Isnin lalu, WHO berkata, sejak 1 Januari hingga 22 Jun lalu, terdapat 3,413 kes sah makmal serta satu kes kematian dilaporkan kepada pertubuhan kesihatan itu.

Ia membabitka­n 50 negara dan jajahan di lima wilayah WHO.

Majoriti kes sah makmal iaitu 2,933 daripada 3,413 kes adalah dari wilayah WHO Eropah. Ia direkodkan sekitar 86 peratus.

“Wabak cacar monyet di UK terus berkembang dengan lebih 1,000 kes sah di seluruh negara,” kata Pengarah Insiden UKHSA, Sophia Makki sambil menambah pihaknya menjangkak­an kes akan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi.

Makki turut menyaranka­n individu yang menghadiri acara besar pada musim panas ini atau mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing-masing supaya berwaspada dengan sebarang gejala cacar monyet.

Selain itu, mereka disaran menjalanka­n ujian pantas untuk membantu membendung penularan wabak berkenaan kepada individu lain.

Ketika ini, majoriti kes di Britain membabitka­n lelaki gay, biseksual atau mengadakan hubungan seks sesama lelaki.

Namun, UKHSA berkata, sesiapa saja yang mempunyai kontak rapat dengan individu bergejala turut berisiko tinggi.

Dengan program meluas meliputi acara muzik pada musim panas, Makki berkata, sekiranya individu bimbang mereka dijangkiti cacar monyet disarankan tidak hadir ke acara itu dan bertemu rakan serta mempunyai kontak seksual. AGENSI

Penularan COVID-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia