Berita Harian

AS perlu siap sedia dos penggalak khusus

-

Washington: Panel pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) menyaran pengambila­n dos penggalak khusus sebagai persediaan menghadapi penularan Omicron pada musim luruh ini.

Terdapat jangkaan yang semakin meningkat vaksin COVID-19 akan diperlukan secara bermusim dan berterusan seperti kes penularan influenza.

Jawatankua­sa yang bersidang dengan Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) menyaksika­n 19 menyokong dan dua menentang langkah itu selepas sehari mengkaji data tersedia, termasuk unjuran gelombang masa depan dan keputusan awal daripada pengeluar vaksin.

Saintis Kanan FDA, Peter Marks, merumuskan kerumitan masalah sebelum pakar bermesyuar­at dan membuat ramalan mengenai aliran masa depan virus yang sering bercanggah dengan ramalan, selain bermutasi lebih cepat daripada flu.

“Apa yang kita lakukan sekarang bekerja di kawasan mencabar kerana tiada dalam kalangan kita yang dapat melihat masa depan,” katanya.

Seorang panel, Michael Nelson yang juga profesor perubatan dari Universiti Virgina, berkata beliau mengundi menyokong kerana bimbang dengan keberkesan­an vaksin yang berkuranga­n akan mendorong hasil yang teruk terhadap pesakit berisiko tinggi.

“Justeru, kita perlu mengambil langkah awal berbanding kemudian,” katanya.

Pembuat vaksin Pfizer dan Moderna sebelum ini pernah mengumumka­n data positif mengenai antibodi yang ditimbulka­n vaksin khusus untuk Omicron.

Kedua-dua syarikat itu turut membuat pembentang­an mengenai bakal vaksin MRNA, termasuk juga Novavax, mengenai vaksin subunit protein.

Saintis juga tidak diminta untuk mengundi bentuk Omicron yang mereka mahu sasarkan untuk mengemaski­ni vaksin sama ada BA.1 selaku virus Omicron asal atau BA.4 dan BA.5 yang menular pantas di seluruh dunia. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Seorang kanak-kanak mendapatka­n vaksin COVID-19 di sebuah hospital di San Diego, California.
(Foto REUTERS) Seorang kanak-kanak mendapatka­n vaksin COVID-19 di sebuah hospital di San Diego, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia