Berita Harian

Indonesia disyor perketat sekatan hadapi Omicron

-

Jakarta: Pakar kesihatan menyaranka­n Indonesia menguatkua­sakan sekatan COVID-19 dengan lebih ketat susulan amaran bakal berlaku gelombang penularan varian Omicron pada minggu kedua atau ketiga Julai ini.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, menjangkak­an situasi itu berdasarka­n corak asas penularan di Afrika Selatan yang juga negara pertama melaporkan kemunculan subvarian Omicron iaitu BA.4 dan BA.5.

Sekiranya kadar penularan sama berlaku di Indonesia, beliau menganggar­kan negara itu akan merekodkan sekitar 17,000 atau 18,000 kes harian bagi tempoh puncak sebelum gelombang kembali mendatar.

“Tetapi angka kemasukan ke hospital dan kematian akan jauh lebih rendah, berbanding gelombang terdahulu,” katanya.

Negara ekonomi terbesar Asia

Tenggara itu merekodkan peningkata­n jangkitan COVID-19 baharu dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Kelmarin, republik berkenaan merekodkan 2,167 kes iaitu tertinggi sejak April lalu.

Sejak Jumaat lalu, Indonesia mencatatka­n sekurang-kurangnya 143 kes membabitka­n Omicron BA.4 dan BA.5.

Walaupun pakar kesihatan memberi amaran angka itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah sebenarnya kerana kurang ujian dan pengesanan kontak, ia terus menjadi asas masalah negara sejak pandemik diisytihar dua tahun lalu.

Beberapa wilayah seperti Jakarta dan Banten merekodkan kadar positiviti melangkau piawaian lima peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia menentukan sebarang kadar di bawah peratusan ditetapkan bermaksud wabak itu terkawal.

Budi Gunadi berkata, positiviti nasional di republik itu ketika ini pada paras 3.61 peratus.

“Kita melihat ada peningkata­n kes harian dari 200 sehingga sekitar 2,000 kes harian ketika ini.

“Tetapi, pada waktu puncak gelombang terdahulu kes harian di Indonesia mencapai sehingga 60,000 kes sehari,” katanya sambil menambah orang awam sepatutnya kekal tenang dan berwaspada berdepan gelombang semasa.

AGENSI

Budi Gunadi Sadikin

 ?? (Foto REUTERS) ?? Rakyat Indonesia dijangka hadapi penularan Omicron pada minggu kedua atau ketiga bulan depan.
(Foto REUTERS) Rakyat Indonesia dijangka hadapi penularan Omicron pada minggu kedua atau ketiga bulan depan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia