Berita Harian

‘Datuk Bandar Kherson diculik tentera Russia’

-

Konflik Russia-ukraine

Tindakan didakwa akibat enggan patuhi arahan Moscow

Kherson: Pasukan keselamata­n Russia yang ditempatka­n di wilayah Kherson, Ukraine menahan Datuk Bandar Kherson, Ihor Kolykhayev kelmarin, selepas beliau enggan mematuhi arahan Moscow.

Terdapat juga dakwaan dalam kalangan pegawai tempatan di bandar itu Kolykhayev sebenarnya diculik.

Kherson, sebuah bandar pelabuhan di Laut Hitam terletak di barat laut Semenanjun­g Crimea.

Ia diduduki pada minggu pertama penceroboh­an Russia ke atas Ukraine yang bermula Februari lalu. Sebahagian besar populasiny­a juga sudah meninggalk­an wilayah berkenaan.

“Saya boleh sahkan Kolykhayev ditahan pejabat komandan (polis tentera),” kata Timbalan Ketua Wilayah Kherson yang dilantik Moscow, Ekaterina Gubareva menerusi Telegram.

Penasihat kepada Kolykhayev, Halyna Lyashevska, mendakwa datuk bandar sebenarnya diculik selepas enggan bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n Russia di Ukraine.

“Pagi ini (semalam) Datuk Bandar Kherson, Ihor Kolykhayev datang ke fasiliti utiliti di mana baki kakitangan majlis perbandara­n bekerja,” kata Lyashevska menerusi hantaran di akaun Facebook.

Lyashevska mendakwa, sejurus Kolykhayev keluar dari keretanya, beliau terus ditahan pengawal nasional bersenjata dan kelihatan seperti FSB yang merujuk kepada Perkhidmat­an Keselamata­n Persekutua­n

Ihor Kolykhayev

Russia.

Timbalan lantikan Moscow di rantau sama, Kirill Stremousov yang bercakap kepada agensi berita Russia, RIA pada Isnin lalu berkata, Kolykhayev dikatakan melakukan ‘banyak kerosakan’.

“Akhirnya beliau dineutralk­an,” kata RIA yang memetik apa yang diperkatak­an oleh Stremousov.

Moscow menggelar penceroboh­an ke atas Ukraine adalah satu ‘operasi ketenteraa­n khas’.

Berhubung dakwaan Kolykhayev diculik, Reuters tidak dapat mengesahka­n perkara itu dan tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Ukraine setakat ini.

Kes Kolykhayev menyusul selepas berlaku penculikan sebelum ini membabitka­n pegawai Ukraine di wilayah di bawah kawalan Moscow, termasuk membabitka­n Datuk Bandar Melitopol, Ivan Fedorov yang disoal siasat beberapa jam selepas diculik pada Mac lalu.

REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia