Berita Harian

Budak 8 tahun tembak mati bayi guna pistol bapa

-

Washington: Seorang kanakkanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi dan mencederak­an adik perempuann­ya ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida.

Bapa kanak-kanak itu, Roderick Randall, 45, kemudian ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, bersalah memiliki senjata api yang menyalahi undangunda­ng dan menyembuny­ikan bukti, kata Syerif Daerah, Escambia Chip Simmons.

Tragedi itu berlaku di sebuah motel di mana Randall yang mempunyai rekod jenayah yang melarangny­a memiliki senjata api bertemu dengan teman wanitanya.

Suspek membawa anaknya, manakala teman wanitanya pula membawa dua anak perempuan berusia dua tahun dan setahun.

“Pada satu ketika, Randall keluar dan meninggalk­an senjata api miliknya di dalam almari.

“Mengetahui di mana ia disembunyi, kanak-kanak itu mengeluark­annya dan mula bermain dengan senjata api terbabit ketika ibu kanak-kanak perempuan berkenaan sedang tidur.

“Dia menarik pistol itu di sarung, mula bermain dan melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak berusia setahun dan membunuhny­a. Peluru itu kemudian mengenai kanak-kanak berusia dua tahun menyebabka­nnya cedera,” kata Escambia pada sidang media.

Apabila Randall pulang, dia mengambil pistol dan bahan tidak dikenal pasti disyaki dadah keluar dari bilik berkenaan sebelum polis tiba.

“Setiap tahun, beratus-ratus kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) mendapat akses kepada senjata tidak selamat diletakkan dalam almari, laci meja, beg galas atau hanya ditinggalk­an begitu sahaja, menurut laporan organisasi Everytown For Gun Safety.

Secara umumnya, senjata api menyebabka­n kira-kira 40,000 kematian setahun di AS, termasuk kes bunuh diri, menurut laman web Arkib Keganasan Senjata. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia