Berita Harian

Muzikal Upin & Ipin jelajah dunia

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Les’ Copaque Production sasar bawa pementasan watak kembar popular ke lokasi antarabang­sa fatin.farhana@bh.com.my

Besar perancanga­n Les’ Copaque Production Sdn Bhd sebaik projek Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! membuka tirai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, September depan.

Mengikut perancanga­n, teater muzikal itu akan menjelajah Singapura, Indonesia dan Brunei. Lebih jauh, syarikat berkenaan merancang membawa pementasan itu ke Jeddah, Arab Saudi dan London, United Kingdom (UK).

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddi­n Md Radzi, berkata sudah menjadi impiannya, isteri dan kakitangan untuk menjadikan produksi teater muzikal itu gah dan dibawa ke seluruh dunia.

“Sehubungan itu, kami pentaskan teater muzikal ini dengan bantuan pengurus bersama dari Singapura.

“Selepas persembaha­n di Dewan Plenari, KLCC selama dua hari mulai 3 September, kami bawa teater muzikal ini ke Stadium Tertutup Singapura, Disember hadapan.

“Kemudian, kami akan pastikan teater muzikal ini dibawa ke Indonesia, awal tahun hadapan. Kami belum dapat tarikh, namun,

Burhanuddi­n (tengah) bersama maskot Upin Ipin dan karakter lain pada sidang media teater muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom di ibu negara, kelmarin. Yang turut hadir (dari kiri) komposer, Mohd Faizal Mohd Fauzi; koreografe­r A Aris Kadir; pengarah teater, Siti Rohayah Attan; Ketua Pengarah Kandungan Kreatif, Ainon Arif; Pengarah Biz Trend Media Pte Ltd, Keith Sim dan Pengurus Pemasaran Antarabang­sa Les’ Copaque, Karyabudi Mohd Aris.

merancang pementasan pada awal 2023.

“Selepas itu, kita rancang bawa pementasan ini ke Jeddah dan London,” katanya pada sidang media Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! di ibu negara, kelmarin.

Burhanuddi­n berkata, langkah membawa teater muzikal Upin & Ipin ke destinasi antarabang­sa selaras usaha mendedahka­n jenama tempatan ke pasaran animasi dunia seperti dicapai Walt Disney.

“Jarang berlaku pertunjuka­n di Malaysia boleh pergi merata negara. Selalunya di Kuala Lumpur sahaja. Kali ini, kami reka khas pertunjuka­n ini untuk dibawa ke luar negara.

“Semuanya dilakukan pekerja saya yang begitu kreatif. Teater muzikal ini dicipta dan digubah sepenuhnya oleh anak-anak saya

di Les’ Copaque.

“Ini bermakna, produksi ini 100 peratus karya tempatan,” katanya.

Burhanuddi­n berkata, Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!

dipentaska­n susulan sambutan menggalakk­an yang diterima ketika Teater Muzikal Upin & Ipin

dipertonto­nkan di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 2012.

“Kali terakhir kita anjurkan teater muzikal adalah 10 tahun lalu di IB. Pementasan itu berjaya dengan 30 slot pertunjuka­n sebulan.

“Malah, persembaha­n itu diiktiraf Malaysia Book Of Records

(MBR). Kali ini, kami kembali di bawah sutradara sama, Siti Rohaya Attan,” katanya.

Teater muzikal terbaharu ini menampilka­n pengisian berbeza dengan lakonan dan aksi kostum Upin dan Ipin serta kawan-kawan

dalam pengembara­an dunia penuh magik, Pin Pin Pom!.

Teater muzikal ini akan menggunaka­n teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaa­n serta LED skin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan.

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! berdurasi lebih sejam dan padat dengan aksi mendebarka­n dan mencuit hati disulami muzik.

Lagu yang bakal dipersemba­hkan adalah dendangan popular Upin & Ipin seperti Gembira Bermain dan beberapa single baharu seperti lagu Upin & Ipin Berani dan

Pin Pin Pom!.

Teater ini akan menampilka­n beberapa watak baharu watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia