Berita Harian

Giliran Siti Nordiana bikin konsert

-

Andai semua perancanga­n lancar, penyanyi Siti Nordiana bakal mengikut jejak penyanyi dan pemuzik lain mementaska­n konsert solo berskala besar, selaras fasa peralihan endemik dan kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) sektor kreatif.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana memberitah­u, konsert solo pertamanya itu adalah untuk meraikan dua dekad pembabitan dalam dunia seni.

“Pengurusan Nana sudah berbincang dengan penaja berpotensi untuk menganjurk­an konsert solo pertama.

“Nana sangat teruja kerana impian mementaska­n konsert solo hampir tercapai. Sebelum ini, Nana pernah mengadakan konsert, namun, bersama Alif Satar.

“Doakan semoga semuanya lancar dan impian Nana menghiburk­an peminat dalam konsert berskala besar terlaksana,” katanya kepada HIP.

Mengenai lokasi konsert, penyanyi lagu bersuara lantang ini berkata, besar kemungkina­n persembaha­n dipentaska­n di premis berprestij, Istana Budaya (IB).

“Sudah menjadi impian Nana untuk menganjurk­an konsert di IB kerana ia lebih intim. Kita jangka konsert itu dianjurkan, November depan,” katanya.

Berkongsi mengenai pengisian konsert, Siti Nordiana mahu berkongsi perjalanan dan kisah suka duka dirinya mencipta nama sebagai artis serba boleh.

“Peminat akan tahu perjalanan hidup Nana dari zaman kecil hinggalah sekarang.

“Berikutan koleksi lagu Nana banyak berkonsep ‘jiwang’ (balada), Nana mahu untaian seumpama itu menyentuh emosi mereka,” katanya.

Siti Nordiana ditemui ketika menjayakan Konsert Jom Heboh di Anjung Floria, Putrajaya, Sabtu lalu.

Pada malam itu, pemenang trofi Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini mendendang­kan tujuh lagu.

Lagu yang menggamit nostalgia penonton itu adalah Terus Mencintai, Seribu Setia, Paling Comel, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Angkara, Cinta Hanya Sandaran dan Hatiku Milikmu.

Siti Nordiana membuat persembaha­n pada malam Konsert Jom Heboh di Putrajaya, baru-baru ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia