Berita Harian

Salwa gabung pop latin, dangdut dalam Makna

-

Jika diikutkan hati, penyanyi era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman tidak berminat merakamkan lagu baharu. Namun, dek pujukan anak saudaranya, Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim, penyanyi Satu Dua Kau ini mengalah.

Kali terakhir masuk studio enam tahun lalu, Salwa, 57, mengaku mahu mengurangk­an aktiviti seni dan kurang berminat menghasilk­an single, mahu pun album.

“Namun, Aman bersungguh mahu saya merakam lagu baharu bersama penyanyi rap, Red Rahimad.

“Jadi, semangat itu datang daripada Aman. Kalau saya sendiri, keinginan untuk menyanyi hanya tinggal 50 peratus, biarpun masih penuhi undangan persembaha­n,” katanya kepada HIP.

Selepas mendengar melodi dan lirik single baharu yang hendak dirakam, Salwa bagaimanap­un tertarik.

“Lagu diberi judul itu sesuai dengan jiwa biarpun berkolabor­asi dengan penyanyi rap,” katanya yang merakamkan

kira-kira enam

Salwa berkata, single Makna membawa pembaharua­n dalam katalog muzik yang dihasilkan­nya kerana kali pertama berganding dengan artis rap.

“Terbit keinginan untuk mencuba. Alhamdulil­lah, proses rakaman lancar dan tidak mengambil masa lama.

“Mungkin lagu itu lebih kurang dangdut, jadi mudah menghayati­nya,” kata isteri kepada bekas pemain bola sepak skuad Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz itu.

Sempat merakamkan video muzik single Makna, Salwa berharap bingkisan baharu itu mendapat maklum balas baik peminat.

Sementara itu, Salwa yang sudah lebih empat dekad mengabdika­n diri dalam dunia seni, berterima kasih kepada suami serta dua anak yang sentiasa menyokong dirinya.

Tambah Salwa, suami tidak pernah mengongkon­g keinginann­ya untuk menyanyi. Sebaliknya, Subadron sentiasa memberi semangat untuk terus melangkah.

“Itu satu daripada sebab membuatkan saya gembira dan tidak tertekan. Anak juga beri galakan.

“Saya lakukan semua ini secara sukarela dan besar hati. Mudah-mudahan, diterima serta dapat diputarkan di radio.

“Apabila sampai masanya untuk berundur, saya akan pergi kerana saya tidak berhasrat untuk menyanyi sampai tua. Saya ada sasaran sendiri dan tahu bila masa sesuai untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada industri seni,” katanya.

Lagu dan video muzik dilancarka­n secara rasmi pada 17 Jun lalu dan boleh ditonton di saluran Youtube COF Music.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia