Berita Harian

Naim Daniel, Dolla rakam lagu duet

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Kumpulan Dolla

Kolaborasi unik, single MIALYPSPAB tonjol kepelbagai­an karya anak muda fatin.farhana@bh.com.my

Dengan judul unik dan kolaborasi yang dianggap janggal, tidak hairanlah taruhan baharu penyanyi dan komposer, Naim Daniel cukup berbeza, malah dianggap di luar kotak pemikiran.

Tidak mahu mengehadka­n kreativiti dalam berkarya, Naim memilih kumpulan sensasi, Dolla berduet menerusi lagu berjudul

Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat (MIALYPSPAB).

Single MIALYPSPAB yang dicipta Naim sejak dua tahun lalu, pasti memberi kelainan kepada profail seni jejaka ini, malah, menjadikan genre pop sebagai ‘mainan’ baharu Dolla.

Naim atau nama sebenar, Muhammad Naim Daniel Baharin mengaku MIALYPSPAB lagu syok sendiri, namun dia tidak takut menampilka­n kelainan apatah lagi bersama Dolla yang mempunyai potensi besar dalam dunia muzik tempatan.

“Sejujurnya, saya berani mati dan syok sendiri cipta lagu itu.

Single itu adalah lagu sedih. Saya sengaja mengajak Dolla berduet.

“Kita semua tahu, dalam soal menari, sudah menjadi kepakaran Dolla. Tetapi mana tahu, mereka ada sisi berbeza yang tidak diketengah­kan.

“Saya tidak mahu mengehadka­n diri dalam berkarya. Mungkin menerusi lagu ini, peminat Dolla nampak kelainan mereka,” katanya pada majlis pelancaran Fiesta TV3 di Sri Pentas, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Naim berharap single MIALYPSPAB yang dirakam bersama Dolla dapat menyumbang kepada kepelbagai­an karya segar anak muda yang menceburi dunia muzik.

“Saya hendak cuba pelbagaika­n karya muzik. Saya mahu semua orang tahu anak muda, terutama yang baharu berjinak dalam industri ini, bahawa mereka ada sesuatu untuk diberi kepada industri seni.

“Saya cuba jadikan industri ini lebih meriah dengan apa yang kita boleh buat. Jadi, timbullah idea kolaborasi bersama Dolla. Saya sudah sedia dengan komen apakah kerjasama ini berjaya?” katanya.

Naim berkata, biar apa pun maklum balas diterima, baginya, tidak rugi mencuba.

“Sekurang-kurangnya saya berani mencuba. Saya percaya kita akan bosan dengan sesuatu yang biasa, jadi saya beri kelainan dengan yang baharu,” katanya.

Makna single I Miss You, tahun lalu.

Single Makna dirakam Salwa yang dicungkil bakat melalui Pertanding­an Bintang Radio Pujaan Negeri Johor 1985, dicipta Red, Aman, Pown Hasril, Otromen dan Ariff Peter.

Makna menggabung­kan genre pop latin dan dangdut.

Akui Salwa, selepas lama tidak kembali ke studio rakaman, dia berdebar-debar.

“Pada mulanya, saya gementar kerana menyangka saya perlu ‘rap.’ Tak tidur malam dibuatnya kerana runsing.

“Rupa-rupanya, saya hanya perlu menyanyi pada bahagian dangdut, manakala Red melantunka­n ‘rap’,” katanya.

Salwa dan Red Rahimad berganding­an dalam single Makna. single Makna

Makna

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia