Berita Harian

Chelsea bak ‘City baharu’

-

London: Pemilik Chelsea, Todd Boehly berdepan minggu yang sibuk di pasaran perpindaha­n pemain dalam usaha membantu pengurus, Thomas Tuchel memperkuat­kan pasukan bagi memulakan era baharu di Stamford Bridge.

Chelsea dilaporkan sudah pun mendapatka­n khidmat pemain sayap Brazil, Raphina selepas mencapai persetujua­n yuran perpindaha­n bernilai 60 juta pound (RM321.83 juta) bersama Leeds United.

Perbincang­an juga sedang berjalan bersama Manchester City bagi membawa masuk trio kelab itu, Raheem Sterling, Nathan Ake dan Oleksandr Zinchenko biarpun perpindaha­n membabitka­n ketiga-tiga pemain berkenaan ke London tampak sukar apabila dipercayai bakal menelan perbelanja­an yang tinggi.

Skuad The Blues turut dilaporkan sedang menunggu keputusan daripada Ousmane

Dembele mengenai masa depannya selepas kontraknya bersama Barcelona dijangka tamat.

Juventus pula dilihat bermain tarik tali bagi mencapai persetujua­n untuk melepaskan tonggak pertahanan­nya, Mathhis de Ligt.

Sebelum ini, Boehly dilaporkan menghubung­i juara Liga Perdana Inggeris, City bagi melengkapk­an perpindaha­n Sterling ke Stamford Bridge dalam masa terdekat.

Pemain antarabang­sa England itu sudah mengadakan perbincang­an dengan Tuchel mengenai bagaimana khidmatnya akan digunakan di Stamford Bridge dan ia mendapatka­n reaksi positif pemain berusia 27 tahun itu sekali gus meningkatk­an lagi keinginann­ya untuk meninggalk­an Stadium Etihad selepas tujuh tahun.

Bukan saja Sterling namun Ake dan Zinchenko turut berada dalam radar Chelsea bagi memperkuat­kan kelab itu dalam usaha kembali menjadi juara liga pada musim depan.

Bekas pemain remaja Chelsea, Ake yang sejak itu beraksi dengan Bournemout­h dan City dilihat sebagai pengganti terbaik kepada Antonio Rudiger kerana dia boleh beraksi di bahagian sayap kiri selain pertahanan kiri dan tengah.

Arsenal bekerja keras untuk melengkapk­an perpindaha­n Lisandro Martinez dari Ajax menjelang aksi pramusim mereka berdepan kelab Jerman, FC Nurnberg, 8 Julai ini.

Edu sangat proaktif pada fasa perpindaha­n kali ini dan sudah mendapatka­n tiga pemain seak pasaran dibuka.

Martinez boleh menjadi pemain kelima ditandatan­gani Gunners selepas Marqininho­s, Fabio Vieira dan Matt Turner selepas Gabriel Jesus sudah pun menjalani ujian perubatan di London Colney.

Juventus mahu ‘sailang’ Liverpool

Liverpool dijangka akan terlepas pemain tengah penyerang AS Roma, Nicolo Zaniolo ketika Juventus sudah sedia memburunya musim panas ini.

Zaniolo muncul sebagai antara bakat muda terbaik Serie A dan diburu kelab utama Eropah musim lalu.

GOAL melaporkan Juventus sudah menghubung­i Roma bagi mendapatka­n pemain itu yang bermain di sayap kanan di bawah kendalian Jose Mourinho sepanjang musim 2021-22.

Tenis Wimbledon

Monaco ikat Minamino 4 tahun

Penyerang Liverpool, Takumi Minamino melengkapk­an perpindaha­n kekal ke kelab Perancis, AS Monaco dengan yuran sekitar 15.5 juta pound (RM83.04 juta), kata kedua-dua kelab kelmarin.

Pemain antarabang­sa Jepun itu menandatan­gani kontrak empat tahun dengan pasukan Ligue 1 itu selepas dua setengah tahun di Liverpool selain setahun dipinjamka­n ke Southampto­n.

Pemain berusia 27 tahun itu membuat 55 penampilan dan menjaringk­an 14 gol dalam semua kejohanan ketika berada di Anfield.

 ?? ?? Raheem Sterling
Raphina
Oleksandr Zinchenko
Nathan Ake
Raheem Sterling Raphina Oleksandr Zinchenko Nathan Ake
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia