Berita Harian

‘Kami bagai dipukau JDT’

- Oleh Rizar Mohd Noor

Liga Super

Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang PJ City di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

rizar@mediaprima.com.my

Pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City FC), P Maniam terpaksa menelan kata-kata selepas pada awalnya mengidam untuk mengejutka­n Johor Darul Ta'zim (JDT), sebaliknya dibelasah 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam kelmarin.

Maniam berkata, pemainnya sudah bekerja keras membuat persiapan untuk menentang juara liga lapan musim berturut-turut tapi apakan daya skuad kendalian Benjamin Mora itu adalah pasukan yang berkualiti.

“Kami tidak sepatutnya memberi sepakan percuma dan apabila JDT meraih sepakan itu maka kami dihukum dengan gol. Malah dua gol pada babak pertama beri impak dan menyukarka­n kami untuk bangkit.

“Kami melepaskan empat gol kepada JDT yang tidak sepatutnya berlaku tapi inilah bola sepak dan kami terima keputusan buruk itu dan apabila dikaji semula apa terjadi, seolah-olah pemain bagaikan ‘dipukau’ dengan corak permainan dan taktikal JDT,” katanya.

Pada perlawanan itu, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing meledak dua gol bagi membantu JDT melakar kemenangan bergaya.

Sementara itu, pengendali JDT Benjamin Mora mengakui pasukannya berdepan kesukaran menembusi benteng PJ City FC dalam tempoh 20 minit babak pertama.

“Kesukaran yang kami hadapi untuk merobek gawang PJ City kerana mereka membentuk formasi 5-3-2 dan 5-4-1, corak berkenaan begitu kompak dan ruang bergerak juga sempit malah pemain mereka pantas menutup ruang dan berjaya menghalang beberapa rembatan bola pemain kami.

“Mereka mengamalka­n corak permainan bertahan yang menyukarka­n kami menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan terpaksa bertindak merembat bola dari luar kotak penalti dan saya akui ia bukan tugas mudah seperti apa yang kami lakukan menjaringk­an gol awal pada babak pertama dalam beberapa perlawanan,” kata Mora.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan / BH) ??
(Foto Nur Aisyah Mazalan / BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia