Berita Harian

Aaron-wooi Yik ceria lepasi halangan pertama

- Oleh Helmi Talkah

Badminton Terbuka Malaysia

Tang Jie-valeree yang berada di ranking 209 kejutkan beregu ke-16 dunia helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chiasoh Wooi Yik melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran sulung di laman sendiri selepas berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, semalam.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsun­g di Arena Axiata Bukit Jalil, pasangan nombor tujuh dunia itu tidak berdepan masalah untuk menundukka­n beregu Jepun, Akira Koga-taichi Saito 21-18, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Kemenangan itu membolehka­n Aaron-wooi Yik melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan selepas tewas dalam satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini di Terbuka Denmark, tahun lalu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akan bertemu pasangan Singapura, Terry Hee-loh Kean Hean bagi merebut tiket ke suku akhir, hari ini.

“Saya fikir ini adalah kemenangan yang baik buat kami kerana strategi permainan kami berjalan seperti yang dirancang. Apa pun, kami perlu kekal fokus dan tidak boleh memandang mudah lawan kami seterusnya (Terry-kean Hean) kerana apa yang kami nampak mereka semakin menunjukka­n peningkata­n prestasi ketika ini,” kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik pula berharap mereka dapat mengekalka­n konsistens­i sehinggala­h aksi final bagi merealisas­ikan impian muncul juara buat kali pertama di pentas antarabang­sa di Terbuka Malaysia kali ini.

“Seperti semua tahu, sasaran kami adalah untuk menjadi juara apatah lagi beraksi di tempat sendiri. Selepas banyak kejohanan yang kami harungi dan mara sehingga separuh akhir dan final, kami harap kami boleh menjadi juara di sini (Terbuka Malaysia),” kata Wooi Yik.

Sejak digandingk­an pada 2017, Aaron-wooi Yik belum pernah merangkul gelaran juara di pentas antarabang­sa dengan pencapaian terbaik mereka setakat ini adalah lapan kali muncul naib juara termasukla­h pada saingan Kejohanan Badminton Asia, bulan lalu, Terbuka Thailand 2020 dan Seluruh England 2019.

Sementara itu, beregu wanita, Pearly Tan-m Thinaah turut langkah kanan apabila mengesahka­n tiket ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan China, Liu Xuan Xuan-xia Yu

Ting 22-20, 21-14 dan dijadual bertemu Zhang Shu Xian-zheng Yu bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Dalam saingan beregu campuran negara, gandingan Chen Tang Jie-valeree Siow mencipta kejutan apabila menumbangk­an pasangan ranking lebih tinggi dari Jepun, Yuki Kaneko-misaki Matsutomo untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua dalam penampilan pertama di Terbuka Malaysia.

Tang Jie-valeree yang baru digandingk­an tiga minggu dan berada di ranking ke-209 dunia menewaskan Kaneko-matsutomo di ranking ke-16 dunia dalam pertarunga­n tiga set 21-16 14-21 21-10 dan akan membuat perhitunga­n dengan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo dari China yang juga pilihan kedua kejohanan Zheng Si Wei-huang Ya Qiong.

Si Wei-ya Qiong mara selepas menundukka­n satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Rontoh Ee Wei 21-17, 21-18.

“Kehadiran penonton memberi kami semangat untuk bangkit di set ketiga. Ini adalah kejohanan ketiga kami bersama dan saya lihat banyak peningkata­n dari segi mutu permainan kami,” kata Tang Jie yang mula beraksi bersama Valeree di Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.

Nasib bagaimanap­un tidak menyebelah­i empat lagi wakil negara iaitu perseorang­an lelaki, Ng Tze Yong yang layak beraksi di Terbuka Malaysia pada saat akhir selain beregu lelaki, Boon Xin Yuan-wong Tien Chi; beregu wanita, Vivian Hoo-lim Chiew Sin dan beregu campuran, Soong Joo Ven-goh Liu Ying apabila terkandas di pusingan pertama.

Aksi Aaron-wooi Yik ketika menumpaska­n pasangan Jepun pada pusingan pertama Terbuka Malaysia semalam.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ??
(Foto Aswadi Alias/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia