Berita Harian

Peluang Izzuddin-sze Fei ‘basuh luka’

-

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-goh Sze Fei enggan ‘luka lama kembali berdarah’ apabila membuat perhitunga­n dengan pasangan India, Satwiksair­aj Rankireddy-chirag Shetty pada aksi kedua Terbuka Malaysia, hari ini.

Izzuddin-sze Fei menerima tamparan apabila tunduk di tangan lawan itu ketika aksi suku akhir Piala Thomas, bulan lalu yang menyaksika­n Malaysia terlepas satu mata berharga apabila tewas 2-3 di tangan India sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.

Justeru, aksi di laman sendiri kali ini menjadi pentas terbaik buat pasangan ranking ke-12 dunia itu untuk melunaskan dendam mereka sekali gus mengesahka­n tiket ke suku akhir Terbuka Malaysia yang berlangsun­g di Arena Axiata Bukit Jalil.

Bagi Izzuddin, 25, biarpun rekod pertemuan tidak memihak kepada mereka apabila tewas enam daripada tujuh perlawanan sebelum ini di tangan Rankireddy­shetty namun ia bukan masalah besar apatah lagi percaya mereka akan dibantu dengan sokongan padu peminat tempatan.

“Bagi saya rekod pertemuan tidak penting kerana dalam perlawanan apa-apa pun boleh berlaku. Apa yang paling penting adalah kami buat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Sze Fei, 25, berkata mereka akan tampil dengan ramuan baharu bagi ‘menjinakka­n’ Rankireddy-shetty yang berada di kedudukan ranking nombor lapan dunia.

“Sudah pasti kami mahu menang tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri. Kami akan buat persiapan dan bincang dengan jurulatih mengenai strategi terbaik untuk kami melakar kemenangan,” katanya.

Terdahulu, juara Terbuka Jerman 2022 itu tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-yoshinori Takeuchi 21-12, 21-12 dalam aksi pusingan pertama, kelmarin.

Jika berjaya menumbangk­an Rankireddy-shetty, Izzuddin-sze Fei akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan profesiona­l negara, Tan Wee Kiong-tan Kian Meng dengan beregu China, Liu Yu Chen-ou Xuan Yi bagi merebut tiket ke separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia