Berita Harian

‘Syed Saddiq arah agih RM1J kepada EXCO parti’

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengarahka­n RM1 juta yang dikeluarka­n daripada akaun ARMADA diagihkan kepada ahli EXCO parti itu.

Penguasa Kanan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, 37, dalam keterangan­nya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata arahan itu dikeluarka­n oleh Syed Saddiq pada 1 April 2020 iaitu sehari selepas rumah Syed Saddiq digeledah pada 31 Mac 2020 membabitka­n siasatan kehilangan RM250,000 daripada kediamanny­a.

“Sebanyak RM650,000 diberikan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutua­n, Muhammad Daniel Kusari manakala RM250,000 diserahkan kepada ahli BERSATU, Muhammad Naqib Ab Rahim.

“Siasatan mendapati wang

RM1 juta yang dikeluarka­n pada 6 Mac 2020, terlebih dahulu disimpan di rumah Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari ARMADA BERSATU,” katanya.

Saksi ke-25 pendakwaan itu berkata, pada 31 Mac 2020, Syed Saddiq menghubung­i Rafiq Hakim dan mengarahka­n beliau membawa keluar wang itu dari rumahnya kerana risau akan dijumpai dan disita oleh SPRM.

Katanya, hasil siasatan mendapati Syed Saddiq pada awalnya mengarahka­n pemegang amanah, Rafiq Hakim dan Penolong Setiausaha ARMADA, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluark­an wang itu daripada akaun CIMB, KL Sentral.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Mohamed Tahir, berhubung sebab pengeluara­n wang itu, Mohd Syahmeizy, berkata Syed Saddiq mengeluark­an arahan itu kerana merasakan kedudukann­ya dalam Pakatan Harapan (PH) tidak kukuh.

“Ahmad Redzuan mencadangk­an wang itu diagihkan kepada Muhammad Daniel kerana beliau mempunyai peti besi di rumahnya selain disimpan oleh Muhammad Naqib yang juga ahli perniagaan.

“Pada 5 Mac 2020, pihak SPRM menggeleda­h rumah Muhammad Daniel dan menjumpai serta menyita wang RM425,537 manakala bakinya sudah diagihkan kepada ketua bahagian dan ahli ARMADA di seluruh negara,” katanya.

Mohd Syahmeizy, berkata idea pengeluara­n wang itu dibangkitk­an selepas insiden

Langkah Sheraton'pada 23 Februari 2020, di mana Syed Saddiq dan beberapa pemimpin ARMADA mengadakan pertemuan di kediaman beliau di Petaling Jaya bagi membincang­kan dana dalam akaun berkenaan.

Katanya, Syed Saddiq amat risau mengenai pergolakan selepas Langkah Sheraton dan meminta kepastian mengenai baki wang dalam akaun ARMADA Pusat yang disifatkan hasil titik peluhnya sepanjang memegang jawatan ketua parti itu.

Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, sama ada wujud konspirasi untuk mengenakan Syed Saddiq seperti didakwa oleh pihak pembelaan, Mohd Syahmeizy, menafikan perkara itu.

Saksi kemudian ditanya mengapa Syed Saddiq dituduh kali pertama pada 22 Julai 2021, sedangkan izin untuk mendakwa dikeluarka­n pada 4 Januari tahun sama.

Mohd Syahmeizy berkata, bagi siasatan terhadap YB Syed Saddiq, pihak SPRM membuka lima kertas siasatan yang berbeza aduan dan maklumat.

“Pertuduhan dibuat terlalu lama kerana saya memerlukan keterangan saksi yang ‘segerak’ dengan kertas siasatan lain kerana ketika itu masih ada kertas siasatan yang belum siap terhadap YB Syed Saddiq,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada BERSATU yang diamanahka­n dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgu­nakan dana itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia