Berita Harian

Naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang babit RM155J

-

Johor Bahru: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM155 juta bagi menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek naik taraf itu akan dilakukan bermula di persimpang­an Bandar Seri Alam Taman Rinting ke Pasir Gudang, di sini.

Katanya, projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang itu antara empat projek jalan raya sudah diluluskan peruntukan untuk dilaksanak­an oleh Kerajaan Persekutua­n di bawah Kementeria­n Kerja Raya.

“Kerajaan Pusat akan menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat lorong kepada enam lorong dengan kos RM155 juta.

“Projek ini sedang di dalam proses perolehan, manakala empat lagi projek naik taraf di Johor berada dalam fasa pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Makan Malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-malaysia 2022, di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Fadillah berkata, empat projek naik taraf itu membabitka­n projek pembinaan Directiona­l Ramp di Persimpang­an Senai Desaru Expressway (SDE) - Bandar Penawar, Johor (Tender Semula) dengan kos RM129.2 juta serta naik taraf Jalan Muar-tangkak-segamat: Jalan Pintas dari Kolej Matrikulas­i ke Kawasan

Perindustr­ian Tangkak dengan kos RM269 juta.

Beliau berkata, selain itu, projek naik taraf membina Median, Pusingan U dan Kerja-kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat-ayer Hitam-kluang FT050 daripada Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) hingga Jambatan Merentasi Lebuhraya PLUS (Seksyen 34.5) pula akan dilakukan dengan kos RM250 juta.

“Peruntukan juga disalurkan Pusat untuk menaik taraf Jambatan Kota Tinggi Bypass Di Laluan FT003, Kota Tinggi, dengan kos RM126.4 juta,” katanya.

Johor perintis perjanjian PBC

Dalam pada itu, Fadillah berkata, selain peruntukan naik taraf berkenaan, Kerajaan Persekutua­n turut menyalurka­n peruntukan sebanyak RM126.23 juta tahun ini bagi tujuan penyenggar­aan jalan persekutua­n di Johor.

Katanya, Johor juga kini menjadi perintis kepada Perjanjian Konsesi Yang Berasaskan Model Kontrak Berasaskan Prestasi (Performanc­e Based Contract, PBC) yang sudah ditandatan­gani antara Kementeria­n Kerja Raya dan Selia Senggara Selatan Sdn Bhd.

“Kontrak yang bermula dari bulan Jun 2022 sehingga Februari 2026 ini membabitka­n jumlah kos kontrak yang dianggarka­n bernilai RM601 juta.

“Pelaksanaa­n kontrak ini adalah satu pendekatan holistik dan ‘way forward’ bagi kerja penyenggar­aan jalan persekutua­n di mana tahap prestasi perkhidmat­an bagi kerja penyenggar­aan yang dilaksanak­an oleh pihak syarikat dilantik, diukur melalui pencapaian terhadap KPI ‘service level’ yang telah ditetapkan.

“Melalui pelaksanaa­n kontrak PBC ini, Kementeria­n Kerja Raya yakin ia dapat memberikan tahap perkhidmat­an yang konsisten kepada pengguna jalan raya, di samping memberi pulangan nilai wang (value for money) kepada kerajaan dan negara.

“Secara tidak langsung, ia adalah satu anjakan paradigma baharu kepada pelaksanaa­n penyenggar­aan jalan persekutua­n melalui model yang sama secara menyeluruh,” katanya.

 ?? (Foto ihsan MEDKOM) ?? Fadillah (lima dari kanan) bersama Onn Hafiz (lima dari kiri) ketika hadir pada Majlis Makan Malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-malaysia 2022, di Johor Bahru, malam kelmarin.
(Foto ihsan MEDKOM) Fadillah (lima dari kanan) bersama Onn Hafiz (lima dari kiri) ketika hadir pada Majlis Makan Malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-malaysia 2022, di Johor Bahru, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia