Berita Harian

Industri makanan negara berdepan situasi kritikal

-

Setiausaha Agung Persekutua­n Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mon, berkata industri makanan negara ketika ini berdepan situasi kritikal disebabkan isu pekerja untuk menampung operasi pengeluara­n sayur tempatan.

Katanya, di Cameron Highlands ketika ini hanya ada sekitar 10,000 tenaga kerja sedangkan jumlah diperlukan kira-kira 25,000 orang.

“Disebabkan kekurangan pekerja, banyak ladang tidak beroperasi sepenuhnya... jika ladang dikerjakan juga, kerugian lebih besar akan ditanggung pekebun. Apabila ini berlaku, pengeluara­n sayur amat terjejas dan situasi ini dapat dilihat dalam pasaran tempatan hari ini,” katanya kepada BH.

Mengulas isu sama, Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, mengakui masalah kekurangan pekerja menyebabka­n pengeluara­n pelbagai jenis sayur-sayuran dari Cameron Highlands berkuranga­n melebihi 50 peratus.

Katanya, jumlah pekerja warga asing dalam sektor penanaman sayur di kawasan ini cukup ketara apabila berkuranga­n daripada lebih 25,000 sebelum pandemik melanda, kepada kira-kira 10,000 sahaja ketika ini.

Keadaan itu menyebabka­n pengeluara­n sayur-sayuran dari Cameron Highlands kini hanya sekitar 400 tan sehari, berbanding lebih 1,000 tan sehari sebelum pelaksanaa­n PKP dan ia sudah tentu mempengaru­hi kenaikan harga di pasaran akibat bekalan kurang.

Jejas bekalan

“Pengeluara­n sayur-sayuran di Cameron Highlands mewakili lebih 50 peratus daripada keseluruha­n keluaran sayur dalam negara, lantas isu ini sudah tentu menjejaska­n kuantiti bekalan di pasaran.

“Selain isu kekurangan pekerja, kami juga menghadapi kenaikan ketara kos input pertanian yang menjejaska­n kualiti tanaman apabila pengusaha terpaksa mengamalka­n penjimatan, termasuk mengurangk­an kekerapan penggunaan baja dan racun perosak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebanyakan pekerja warga asing sudah kembali ke negara asal pada Februari dan Mac lalu apabila kerajaan mengumumka­n warga asing yang visa atau pas lawatan tamat tempoh tidak dikenakan tindakan jika mahu pulang.

“Faktor cuaca tidak menentu sejak kebelakang­an ini juga menyebabka­n pekebun tidak dapat memaksimum­kan penggunaan tanah sehingga menyebabka­n pengeluara­n hasil tanaman terjejas,” katanya.

Menyentuh kos input pertanian, beliau berkata, berlaku kenaikan harga sejak selepas PKP memandangk­an kebanyakan input pertanian diimport dari luar negara yang turut berkait dengan kejatuhan nilai ringgit selain perang Russia-ukraine.

Alasan kenaikan kos

“Itu (kenaikan kos) alasan diberikan pembekal input pertanian. Kalau dulu baja fertigasi seberat satu tan harganya adalah RM7,000, kini meningkat sehingga RM20,000 untuk satu tan.

“Untuk baja berbentuk biji yang dulunya RM120 bagi beg seberat 40 kilogram (kg), sekarang harganya naik sehingga RM280. Jika ini berterusan, sudah pasti akan mempengaru­hi kelangsung­an jaminan sekuriti makanan.

“Disebabkan harga input terlalu tinggi, penggunaan baja turut dikurangka­n, sekali gus menjejaska­n pengeluara­n hasil,” katanya.

 ?? ?? Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid
Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia