Berita Harian

‘Kerajaan masih perlu beri subsidi secara bersasar’

- Oleh Nas Norziela Nasbah bhnews@bh.com.my

Pemberian jangka masa panjang secara pukal tidak mampan, wajar kenal pasti sektor perlu

Kuala Lumpur: Pemberian subsidi dalam jangka masa panjang dilihat tidak mampan, namun wajar dilaksanak­an ketika ini dengan mengenal pasti sektor atau golongan yang benar-benar memerlukan.

Pensyarah Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara

Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata kerajaan masih perlu memberi subsidi, namun ia perlu dilakukan secara bersasar dan tidak secara pukal.

Katanya, kerajaan perlu memastikan mereka yang benar-benar memerlukan sahaja untuk menerima subsidi.

“Penjimatan daripada rasionalis­asi subsidi ini boleh disalurkan kepada program atau dasar yang boleh memperkasa­kan rakyat seperti memantapka­n lagi sistem perlindung­an sosial, pembinaan infrastruk­tur lestari dan digital.

“Ini juga termasuk skim jaminan kerja lebih holistik, meningkatk­an gaji penjawat awam, sistem pencen sosial yang lebih terangkum, skim rumah mampu milik dan program khas untuk menghapusk­an kemiskinan terutamany­a kemiskinan pelbagai dimensi.

“Selain itu, melaksanak­an inisiatif pembukaan ‘outlet’ daging terutamany­a ayam dengan harga yang tidak membebanka­n rakyat.

Ziarah Taif percuma “Kerajaan juga boleh memperkena­lkan konsep upah wajar, program pemakanan seimbang kepada kanak-kanak secara percuma dan agenda yang memfokuska­n kepada pembanguna­n ekonomi rakyat secara menyeluruh serta mampan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara, hasil usaha berterusan kerajaan menanganin­ya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion.

Perdana Menteri berkata, ketidakten­tuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan dan cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia

Mengulas lanjut, Irwan Shah berkata, walaupun nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sudah berada pada sekitar 63 peratus, ia masih lagi di bawah had siling yang ditetapkan dan masih rendah berbanding negara lain.

“Oleh itu, jika kerajaan merasional­isasikan subsidi dan ini menyebabka­n kenaikan dalam inflasi, kesannya kepada rakyat adalah minimum.

“Jika fokus kepada inisiatif, strategi, dasar atau program yang dicadangka­n dapat direncana dan dimulakan segera, ia pasti memperkuku­hkan lagi kuasa beli rakyat.

“Seterusnya, mendorong kepada tahap kesejahter­aan dan kualiti hidup rakyat pada masa hadapan,” katanya.

Ini juga termasuk skim jaminan kerja lebih holistik, meningkatk­an gaji penjawat awam, sistem pencen sosial yang lebih terangkum, skim rumah mampu milik dan program khas untuk menghapusk­an kemiskinan terutamany­a kemiskinan pelbagai dimensi

 ?? ?? Pensyarah Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin,
Pensyarah Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin,
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia