Berita Harian

Peluang jemaah tunai umrah bulan Zulhijjah

-

Putrajaya: Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd semalam menghantar kumpulan pertama seramai 175 jemaah umrah kendaliann­ya.

Pakej itu dilakukan pada bulan Zulhijjah, iaitu bulan haji, bagi memberi peluang kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini untuk menunaikan umrah pada bulan berkenaan.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undangnya, Ida Riswana Idris, berkata untuk penerbanga­n pertama umrah itu, pihaknya menggunaka­n visa pelancong kerana sistem umrah belum dibuka dan ia hanya boleh digunakan bermula 30 Julai ini (1 Muharam 1444H).

Pajak tiga hotel

“Walaupun kita masih lagi dalam tahun 1443H, musim haji masih belum berakhir di sana, jadi ini kali pertama dalam sejarah yang kita uruskan jemaah umrah bertembung dengan jemaah haji yang masih di sana.

“Selain itu kita juga menjangkak­an seramai 60,000 jemaah akan mengerjaka­n umrah di bawah kendalian Andalusia, berikutan itu kita sudah memajak tiga hotel di sana bagi menampung jumlah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Sebelum ini Andalusia memeterai perjanjian dengan Penerbanga­n Malaysia (MAS) menggunaka­n pesawat A330-200 bagi membawa jemaah umrah untuk tahun 1444H.

Pemeteraia­n itu dibuat bagi membawa 34,000 jemaah umrah menerusi penerbanga­n terus ke Madinah bermula Ogos ini hingga Mei 2023.

Selain MAS, Andalusia turut menggunaka­n Saudi Airlines dan Turkish Airlines bagi urusan penerbanga­n jemaah dari Kuala Lumpur.

Bagi pakej ekonomi untuk mengerjaka­n umrah, ia bermula RM6,990 seorang, manakala yang mahukan pakej lima bintang ia bermula dengan harga RM7,990.

Pakej percuma

Buat julung kalinya, jemaah yang menggunaka­n perkhidmat­an Andalusia bagi pakej umrah dalam tempoh Ogos hingga Mei 2023, akan mendapat pakej Ziarah Taif secara percuma.

Sebelum ini, jemaah yang ingin membuat Ziarah Taif perlu membayar sekitar RM214 (180 Riyal Arab Saudi).

Sementara itu, jemaah umrah, Ahmad Kassim, 74, berkata beliau sudah menggunaka­n beberapa kali perkhidmat­an yang disediakan oleh Andalusia bagi mengerjaka­n umrah buat dirinya dan keluarga.

“Saya sudah mengerjaka­n haji pada tahun 2000, dan menunaikan umrah 10 tahun kemudian dengan menggunaka­n pakej Andalusia. Dengan pengalaman lalu yang kita dapat dengan Andalusia, kita sangat selesa dan puas hati.

“Malah, mereka turut menyediaka­n pilihan kepada pelanggan untuk memilih tempat penginapan sama ada yang dekat atau jauh (dari Masjidilha­ram), disebabkan keadaan saya yang tidak begitu sihat.

Ahmad yang berasal dari Batu Pahat berkata, ini adalah umrahnya kali kedua bersama isteri, Halisan Kaimon, 72, manakala kali pertama bersama anak lelakinya, Kirman Ahmad, 45.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Ida Riswana (kanan) berbual bersama jemaah umrah, Ahmad, Halisan dan Kirman pada penerbanga­n pertama umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd musim 2022/2023 (1444H) di KLIA, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Ida Riswana (kanan) berbual bersama jemaah umrah, Ahmad, Halisan dan Kirman pada penerbanga­n pertama umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd musim 2022/2023 (1444H) di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia