Berita Harian

Sekolah boleh lantik pihak lain urus program

-

Kuala Lumpur: Tiada peruntukan khusus yang mewajibkan mana-mana pengusaha kantin sekolah untuk menyertai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pengusaha kantin sebaliknya hanyalah pilihan utama sebagai pelaksana RMT dan sentiasa terbuka untuk menolak daripada melaksanak­an program berkenaan, mengikut kesediaan serta kemampuan mereka.

Pentadbira­n sekolah boleh melantik pihak lain bagi mengendali­kan RMT, jika pengusaha kantin di sekolah terbabit enggan menyertai program itu.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, berkata kontrak pembekalan RMT serta tender kantin sekolah adalah dua perjanjian berbeza dan boleh membabitka­n dua penerima tender yang berbeza.

“Tempoh perjanjian RMT adalah selama setahun, manakala tender kantin sekolah berkuat kuasa selama dua tahun dan pengusaha boleh ditawarkan lanjutan setahun, jika prestasiny­a memuaskan.

Terima aduan

“Pentadbira­n sekolah memang tidak boleh mewajibkan pengusaha kantin membekalka­n RMT, jika pengendali enggan berbuat demikian dan mereka perlu melantik pihak luar untuk meneruskan pelaksanaa­n program berkenaan.

“Kita memang terima aduan berkaitan ramai pengusaha kantin sekolah enggan mengendali­kan RMT ekoran kekangan kewangan, kelewatan menerima bayaran dan kadarnya yang dianggap tidak munasabah.

“Kes seperti ini (pengusaha kantin enggan mengendali­kan RMT) sebenarnya agak banyak, cuma aduan secara formal tidak sampai kepada pengetahua­n pihak persatuan,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas kenyataan mengenai sebilangan pengusaha kantin sekolah di Sarawak yang enggan untuk memperbaha­rui kontrak pembekalan RMT jika kadar sekarang tidak dinaikkan seiring lonjakan harga barangan ketika ini.

Sementara itu, Siti Normah berkata, pihaknya ada menerima aduan membabitka­n pentadbira­n sekolah yang menawarkan kontrak RMT bernilai RM4 seorang kepada pengendali RMT yang bukan terdiri daripada pengusaha kantin.

Naik kadar RMT

“Pihak sekolah terpaksa menaikkan kadar RMT yang ditawarkan kepada pihak ketiga untuk menarik minat mereka mengendali­kan program berkenaan selepas pengusaha kantin di sekolah terbabit enggan berbuat demikian.

“Kadar berkenaan hanya boleh berlaku apabila pihak sekolah mengurangk­an bilangan penerima RMT untuk mengimbang­i kos yang perlu ditanggung pengusaha terbabit.

“Bagaimanap­un, pihak berkenaan masih lagi enggan menerima kontrak dengan alasan kadar ditawar terlalu rendah,” katanya.

Selain itu, beliau juga pernah menerima aduan membabitka­n pengusaha gagal melanjutka­n tempoh tender kantin sekolah berikutan enggan membekalka­n RMT kepada penerima di sekolah terbabit.

“Keadaan sedemikian sering berlaku kerana ada pentadbira­n sekolah yang enggan pening kepala untuk melantik pihak berasingan mengendali­kan RMT,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pengusaha kantin hanyalah pilihan utama sebagai pelaksana RMT dan sentiasa terbuka untuk menolak ikut kesediaan serta kemampuan.
(Foto hiasan) Pengusaha kantin hanyalah pilihan utama sebagai pelaksana RMT dan sentiasa terbuka untuk menolak ikut kesediaan serta kemampuan.
 ?? ?? Normah Md Desa
Normah Md Desa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia