Berita Harian

‘Keluarga sudah buntu cari di mana Zalina’

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Misteri kehilangan Zalina Azman

Ras Adiba minta orang ramai usah buat spekulasi, bantu kongsi maklumat

Putrajaya: Keluarga termasuk dua anak Zalina Azman runsing memikirkan keadaan dan keselamata­n bekas personalit­i TV3 itu yang tidak menghubung­i mereka sejak November tahun lalu.

Perkara itu dikongsi Datuk Ras Adiba Radzi yang bertemu anak dan abang Zalina di Shah Alam, kelmarin.

Ras Adiba berkata, dia bertemu anak dan abang Zalina ketika membuat proses pengecaman terhadap seorang wanita yang didakwa mirip personalit­i itu.

“Saya berkesempa­tan bertemu dengan keluarga Zalina iaitu abangnya, Hans dan anaknya, Mikael, 33, di Balai Polis Shah Alam. Mereka menyatakan keresahan dan kerisauan kehilangan ahli keluarga mereka itu. Seorang lagi anaknya, Ryan, 14, juga berkongsi kerisauan itu.

“Mereka turut menyatakan, sudah tidak tahu untuk mencari di mana Zalina ketika ini,” katanya kepada media selepas Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, semalam.

Ahli keluarga terus mencari Ditanya adakah ahli keluarga wanita itu mencari Zalina sejak dia dilapor menghilang­kan diri, Ras Adiba menyatakan ahli keluarga masih berbuat demikian sehingga ke saat ini.

“Kita tidak tahu apa sedang dilalui mereka kerana sehingga ke hari ini, mereka juga tidak tahu di mana Zalina berada.

“Justeru, saya meminta semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi, sebaliknya bantu ahli keluarga Zalina mencari atau berkongsi maklumat,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga Zalina bukan sahaja mencari, malah turut mengadakan kenduri doa selamat untuk memudahkan setiap urusan pencarian.

Ras Adiba berkata, beliau turut mengesahka­n wanita yang didakwa mirip Zalina oleh orang awam itu bukan sahabat baiknya, berdasarka­n pertemuann­ya dengan individu itu.

Ditanya tempoh lama diambil sebelum mengumumka­n kehilangan Zalina, beliau berkata, polis sudah membuat hebahan awal pada tahun lalu, namun hanya diketahui sesetengah pihak disebabkan penggunaan nama penuh personalit­i itu, Zalina Shaharah Azman.

Katanya, beliau optimis Zalina masih hidup dan cuma menghilang­kan diri sahaja.

“Untuk Zalina, hubungilah kita semua, datang ke balai polis dan ucapkan ‘hi sayalah Zalina yang anda semua cari’. Saya juga akan sentiasa optimis dan akan terus mencari walau di mana dan berapa lama lagi.

“Namun, jika dia sudah tiada... jika di laut, saya mohon kepada Allah ditimbulka­n dan jika di bumi, diberitahu di mana arah untuk menemuinya,” katanya.

Tiada petunjuk baharu Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis di seluruh Selangor turut membantu IPD

Rakan

Shah Alam mengesan Zalina, namun tiada petunjuk baharu setakat ini.

Beliau berkata, polis juga masih mengesan pekerja yang pernah melakukan pengubahsu­aian di kediaman Zalina bagi membantu siasatan.

“Polis juga mengalu-alukan bantuan orang ramai mencari bekas pembaca berita TV3 itu.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabturia di talian 016-3375269,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia