Berita Harian

‘Serah presiden, Biro Politik BN putuskan agihan kerusi PRU-15’

-

Timbalan Pengerusi parti mahu elak wujud perasaan tidak sihat antara ahli

Alor Setar: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pemimpin parti komponen gabungan itu pada peringkat bahagian dan negeri tidak membincang­kan isu pembahagia­n kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada pemimpin pada peringkat tertinggi dan Biro

Politik BN untuk diputuskan bagi menjaga keharmonia­n serta mengelakka­n situasi tidak senang dalam gabungan terbabit.

“Saya sudah memberi nasihat dalam mesyuarat BN pagi tadi (semalam) supaya pembahagia­n kerusi ini jangan sentuh dahulu, pembahagia­n kerusi ini serahkan kepada presiden parti dan Biro Politik BN. Kita akan bentangkan kita punya strategi dan di situ, kita akan lihat semua perkara secara keseluruha­n.

“Kita tidak mahu nanti kerana ada pula pada peringkat bahagian dan peringkat negeri mengatakan mahu kerusi itu dan ini, nanti akan mewujudkan perasaan tidak sihat antara satu sama lain dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama jentera pilihan raya BN dan penyerahan tauliah pelantikan pengerusi pusat daerah

Timbalan Pengerusi BN

mengundi seluruh Kedah di sini, kelmarin.

Mohamad berkata, sekiranya pembahagia­n kerusi sudah diputuskan pada peringkat tertinggi, beliau yakin pemimpin peringkat negeri dan bahagian akan dapat menerima keputusan itu.

Status quo kekal

Katanya, setakat ini, status quo kedudukan kerusi antara parti komponen BN masih kekal dan pemimpin pada peringkat tertinggi juga belum membincang­kan perkara itu.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai persiapan BN pada peringkat negeri dan bahagian seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya serta akan membuat laporan mengenai perkara itu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) berhubung permohonan meminda perlembaga­an parti itu dan berharap jabatan terbabit dapat memberikan keputusan selewat-lewatnya 31 Julai ini.

“Bagilah jawapan ‘ya’ ataupun ‘tidak,’ kalau ‘ya’ syukur Alhamdulil­lah, kalau ‘tidak’ kami perlu buat rayuan kepada Menteri (Dalam Negeri). Kami perlu bersedia kerana tempoh kami sebagai pemegang jawatan dalam parti sampai hujung tahun ini.

“Jika perlu buat pemilihan parti, kena buat mesyuarat pada peringkat cawangan... 22,000 lebih cawangan dan 191 bahagian bukan sesuatu yang mudah, kami tidak mahu sehingga parti ini terbubar pendaftara­nnya,” katanya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia