Berita Harian

MIACES sasar nilai eksport lebih RM300 bilion

-

Kuala Lumpur: Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomodi­ti Antarabang­sa Malaysia (MIACES) yang bermula esok, akan menumpu usaha serta melihat potensi Malaysia untuk menjadi hab pertanian dan komoditi pada peringkat serantau dan global.

MIACES yang berlangsun­g hingga Khamis, di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), meletak sasaran mencipta nilai eksport lebih RM300 bilion untuk pemain agrikomodi­ti dalam sebuah acara pasaran global dengan penyertaan 39 negara.

Bertemakan ‘Memajukan Sektor Agrikomodi­ti dalam Ekosistem Lestari’, ia akan menampilka­n produk komoditi permintaan ramai, perkhidmat­an berkaitan serta teknologi perladanga­n terkini.

Ia juga menekankan sektor tumpuan seperti minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf yang juga antara pemacu utama ekonomi di negara ini.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata MIACES menawarkan persekitar­an perniagaan kondusif, memudahkan peserta untuk menjalin hubungan, berurus niaga dengan transaksi besar, serta meneroka potensi pelaburan.

“Ia juga memberi peluang untuk peserta menyusun strategi produktif ke arah menembusi pasaran baharu sebelum memasuki tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida turut menggesa pemain industri memanfaatk­an MIACES sebagai batu loncatan untuk menembusi industri yang bernilai AS$756 bilion (RM3,365.71 bilion) di seluruh dunia.

“Melalui perbincang­an meja bulat MIACES, kami juga berharap ia mencetus perbincang­an ke arah membangunk­an dasar yang relevan dengan peredaran masa, sambil memastikan pembanguna­n yang mampan di Malaysia sebagai negara pengeluar dan pengekspor­t,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, penganjura­n MIACES juga meliputi persidanga­n, perbincang­an meja bulat, mesyuarat perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan malam anugerah berprestij sebagai pengiktira­fan buat mereka yang membawa perubahan dalam sektor berkaitan.

“Orang ramai dan pihak pemain industri agrikomodi­ti dijemput mengunjung­i MIACES bagi meneroka peluang, berdagang dan menjalin kerjasama yang bermakna.

“MIACES akan membuka pintunya kepada pelabur, pengimport, pengilang, peladang dan penanam, pembekal, pengedar, ahli akademik dan penyelidik, serta pihak berkepenti­ngan utama dari seluruh dunia.

“Tidak kira skala atau jenis organisasi dari syarikat baharu, perusahaan kecil atau sederhana (PKS) dan syarikat antarabang­sa sehinggala­h institut penyelidik­an dan badan kerajaan, inilah masanya untuk menyerlah.

“MIACES ialah tempatnya untuk melangkah lebih jauh ke arah potensi yang sebenar,” katanya.

Bagi panduan pengunjung untuk pendaftara­n sesi tertentu atau mendapatka­n maklumat lanjut mengenai MIACES, boleh layari https://myagricomm­odity.com/

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia