Berita Harian

Pelanggan kena tulis nama beli minyak masak peket

- Oleh Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my

Pekedai sekitar Rantau Panjang benar dapatkan 1kg sahaja barang bersubsidi

Rantau Panjang: Pemilik kedai runcit di sekitar Rantau Panjang mewajibkan pelanggan menulis nama jika mahu membeli minyak masak bersubsidi.

Tinjauan di beberapa kedai runcit mendapati selain syarat berkenaan perlu dipatuhi, setiap pembeli juga dihadkan pembelian satu kilogram (kg).

Pembeli, Fatin Nur Najwa Che Razak, 28, berkata dia mencatatka­n nama sejak dua minggu lalu kerana dimaklumka­n ia adalah arahan daripada pihak berkuasa.

“Saya akur demi mendapatka­n minyak masak. Setakat ini, minyak masak satu kilogram dijual pada harga RM2.80 sehingga RM3 sepeket.

Rekod permudah urusan “Sebelum ini, kami diwajibkan membeli gula kemudian baru dibenarkan membeli minyak namun kini ‘taktik’ berkenaan sudah tiada selepas isu minyak masak menjadi perbualan hangat,” katanya yang mengambil inisiatif membeli minyak masak setiap kali ke kedai runcit supaya stok di dapur tidak putus.

Peruncit yang mahu dikenali sebagai Zailah, 42, berkata dia merekodkan nama pembeli bagi memudahkan urusan dengan pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam perkembang­an sama, hasil tinjauan di beberapa pasar raya mendapati minyak 5kg dijual serendah RM39.90 sehingga RM42.50, menunjukka­n sedikit penurunan berbanding RM45 sebotol sebelum ini.

Terdapat juga pasar raya yang menjual minyak masak satu kilogram di kaunter pembayaran pada harga RM2.50 sepeket dan dihadkan kepada dua kilogram seorang.

Selain itu, beberapa kedai runcit di pekan Rantau Panjang didapati kehabisan bekalan minyak masak peket mahupun botol susulan permintaan tinggi selain stok terhad.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Peniaga kedai runcit, Omar Shaifuddin Isa mengehadka­n penjualan dua peket minyak masak bagi setiap pembeli di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Peniaga kedai runcit, Omar Shaifuddin Isa mengehadka­n penjualan dua peket minyak masak bagi setiap pembeli di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia