Berita Harian

Kontraktor mengaku lempar mercun bola dalam sungai

- Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bh.com.my

Nafi guna bom ikan seperti tular di media sosial

Jerantut: Seorang kontraktor mengaku melempar mercun bola ke dalam sungai ketika mengikuti lawatan kerja rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang di Sungai Sepia, Ulu Tembeling, dekat sini, pada 15 dan 16 Julai lalu.

Bagaimanap­un, Mohd Rosli Awang, 44, menafikan menggunaka­n bom ikan untuk menangkap ikan di sungai itu sebagaiman­a yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

“Memang saya yang lempar mercun bola ke dalam sungai, bukan beliau (ADUN Pahang) seperti ditularkan di media sosial.

“Saya lempar mercun bola bukan untuk menangkap ikan, tetapi sekadar suka-suka sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Rosli mengaku menggunaka­n enam biji mercun bola tetapi hanya dua yang meletup.

Beliau juga mendakwa tiada ikan timbul dan mati akibat letupan itu tetapi mungkin memberi gangguan bunyi kepada kumpulan pemancing berdekatan.

Tiada kaitan dengan YB “Perbuatan saya tidak ada kena-mengena dengan pihak lain khususnya wakil rakyat (YB) berkenaan yang turut sama dalam rangka lawatan kerja ke Ulu Tembeling pada 15 dan 16 Julai lalu.

“Saya antara ahli rombongan bagi meninjau persiapan terakhir pelaksanaa­n projek jalan dan juga pembanguna­n sektor pelanconga­n di kawasan Ulu Tembeling, ” katanya.

Beliau menjelaska­n, mereka berehat seketika dan memasang khemah di tepi Sungai Sepia berhampira­n kumpulan pemancing lain.

Mohd Rosli bagaimanap­un terkejut dengan berita tular di media sosial oleh kumpulan pemancing terbabit pada 18 Julai lalu.

“Bagi menjaga nama baik wakil rakyat berkenaan, saya membuat laporan polis di Balai Polis

Nilai, Negeri Sembilan.

“Dalam hal ini, wakil rakyat berkenaan (ADUN Pulau Tawar) langsung tidak terbabit dalam perkara ini,” katanya.

Beliau yang membuat laporan polis di Balai Polis Nilai jam 9 pagi semalam berkata, mercun bola itu dibawa sebagai perlindung­an daripada haiwan liar jika masuk ke dalam hutan sebagai keselamata­n khususnya di kawasan Ulu Tembeling.

“Saya juga menyerahka­n baki mercun itu kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jerantut pada 17 Julai lalu,” katanya.

Lelaki bakar remaja direman lima hari

Chukai: Lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian membakar seorang remaja sehingga melecur di Kampung Perasing Jaya, Jabor Kemaman, direman lima hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman ke atas penganggur itu dikeluarka­n Majistret, Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n di Mahkamah Majistret Kemaman, semalam.

Perintah reman itu bagi membolehka­n polis melakukan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Suspek positif dadah

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang kelmarin, di sebuah rumah di Perasing Kemaman.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Siasatan polis juga mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Selain suspek, polis turut menahan lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu untuk membantu siasatan,” katanya.

 ?? ?? Mohd Rosli menunjukka­n laporan polis di Balai Polis Nilai, semalam.
Mohd Rosli menunjukka­n laporan polis di Balai Polis Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia