Berita Harian

Hasrat ibu ziarah jenazah saudara tak kesampaian

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Lima sekeluarga maut MPV dinaiki bertembung pacuan empat roda hilang kawalan

Gerik: Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan dekat Hentian Titiwangsa, di Kilometer 62, Jalan Raya Timur-barat, di sini, kelmarin, dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Pulau Pinang selepas menghantar ahli keluarga masuk ke sekolah pengajian pondok.

Anak sulung kepada dua mangsa nahas itu, Muhammad Firdaus Mohd Rodhi, 35, berkata pemergian lima sekeluarga itu ke Kelantan

bagi menghantar adiknya, Siti Khadijah, 29, memasuki sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ahli keluargany­a itu mahu pulang segera ke Pulau Pinang kelmarin, selepas arwah ibunya dimaklumka­n berhubung kematian ahli keluarga yang lain.

“Semua mangsa yang maut iaitu ibu, bapa, adik perempuan, adik ipar dan anak saudara saya sepatutnya pulang hari ini (semalam) ke Pulau Pinang, namun dipercepat­kan sehari awal selepas arwah ibu dimaklumka­n bapa mentua kepada adik ibu meninggal dunia serta akan dikebumika­n di Sungai Dua, Butterwort­h, Pulau Pinang, malam tadi (kelmarin).

“Saya sempat membuat panggilan video dengan ibu pada jam 2 petang semalam (kelmarin) memaklumka­n ada kematian di Pulau Pinang, justeru mereka yang sepatutnya pulang hari ini (semalam) terpaksa balik cepat semalam (kelmarin) selepas menghantar adik.

“Malangnya, niat ibu menziarahi ahli keluarga yang meninggal itu tidak kesampaian, malah kami kehilangan lima ahli keluarga sekali gus yang maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini, semalam.

Pelukan terakhir ibu

Dalam nahas itu, mangsa maut ialah bapa Muhammad Firdaus, Mohd Rodhi Othman, 64 yang juga bekas pensyarah sebuah kolej; ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; adik iparnya, Ahmad Khomaini Baba, 32; adiknya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 dan Zara Hana

Ahmad Khomaini, 6.

Muhammad Firdaus berkata, ibunya menunjukka­n sedikit kelainan apabila memeluknya pada pagi Jumaat sebelum bertolak ke Kelantan, selain memaklumka­n berasa tidak bermaya kerana sakit dada.

“Ibu juga berpesan supaya menjaga ikan peliharaan­nya sepanjang pemergiann­ya ke Kelantan dan pada pagi Jumaat itu, pelik sedikit sebab dia sempat memeluk dan mencium saya,” katanya.

Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitka­n kenderaan pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza dinaiki mereka dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux berhampira­n Hentian Titiwangsa Jalan Raya Timur Barat, Jeli-gerik, di sini, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid, berkata, siasatan awal mendapati nahas berpunca apabila pacuan empat roda dari arah Gerik menuju Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki lima mangsa maut terbabit di arah bertentang­an.

“Kemalangan mengakibat­kan pemandu serta empat penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux pula berasal dari Tumpat, Kelantan dan cedera dan dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Mohd Naim menenangka­n kakaknya, Siti Khadijah di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua.
(Foto Danial Saad/bh) Mohd Naim menenangka­n kakaknya, Siti Khadijah di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua.
 ?? ?? Muhammad Firdaus
Muhammad Firdaus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia