Berita Harian

Muhammad Iman Aqmar patut bernikah bulan ini

Mangsa sudah bertunang setahun sebelum dilapor hilang 29 Oktober lalu

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Allahyarha­m Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnai­n, 24, yang hilang selama sembilan bulan hingga mayatnya ditemui kelmarin, sepatutnya bernikah dengan tunangnya pada bulan ini.

Bapa saudara Allahyarha­m, Azuni Abd Kadir, 47, berkata anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hati sebelum dia dilaporkan hilang pada 29 Oktober tahun lalu.

Katanya, majlis pernikahan Allahyarha­m pada awalnya dijadualka­n berlangsun­g Januari lalu.

“Namun, kerana bapa tunangan Allahyarha­m baru meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangan­nya, keluarga sepakat menunda majlis pernikahan­nya pada bulan ini.

“Takdir Allah mengatasi segala perancanga­n kita. Allahyarha­m tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan sejak 29 Oktober tahun lalu sehinggala­h mayatnya ditemui dalam keretanya di Sungai Api-api, Nenasi, Pekan, Pahang, petang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang pada jam 1.30 pagi 29 Oktober tahun lalu ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya, sebelum gagal dihubungi keluarga serta majikan. Kelmarin polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir sembilan bulan lalu.

Mayat ditemukan dalam kenderaan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superinten­dan Mohd Zaidi Mat Zin, dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika dia mengalihka­n besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada jam 11.40 pagi.

Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaa­n di dalamnya menemukan mayat diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarka­n atas nama Muhammad Iman Aqmar.

Siasatan awal polis terhadap nombor pendaftara­n kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga lelaki bernama Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnai­n.

Rangka mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat, manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Azuni berkata, ibu Allahyarha­m, Asmawati Kadir, 55, bersama waris keluarga yang lain akan ke HTAA hari ini bagi membolehka­n hospital mengambil sampel asid deoksiribo­nukleik (DNA) mereka untuk dibandingk­an dengan rangka ditemui.

“Jika proses DNA berjalan lancar dan selesai awal esok (hari ini), rangka Allahyarha­m akan dibawa pulang ke Pasir Gudang petang esok (hari ini) bagi dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih pada petang atau keesokanny­a (Selasa),” katanya.

 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? Anggota bomba dan penyelamat membawa keluar kenderaan milik Muhammad Iman Aqmar yang ditemui tenggelam di Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang, kelmarin.
(Foto ihsan pembaca) Anggota bomba dan penyelamat membawa keluar kenderaan milik Muhammad Iman Aqmar yang ditemui tenggelam di Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang, kelmarin.
 ?? ?? Azuni Abd Kadir
Azuni Abd Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia