Berita Harian

Kerajaan digesa segera haramkan vape, e-rokok

CAP turut desak larangan penuh penjualan, import, pembuatan diperkenal

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Tinjauan CAP juga mendedahka­n vape dan e-rokok ini menjadi seperti ‘loly-pop’ kepada kanak-kanak terbabit kerana ditawarkan dalam cecair berperisa buah-buahan NK Subbarow,

Aktivis Pendidikan dan Anti Merokok CAP

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa segera mengharamk­an vape dan e-rokok selepas kajian mendapati semakin ramai kanak-kanak ketagih menghisap alat terbabit.

Kajian dilakukan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu juga mendedahka­n ketagihan alat berkenaan turut membabitka­n gadis dari peringkat sekolah rendah dan menengah.

Aktivis Pendidikan dan Anti Merokok CAP, NK Subbarow, berkata perbuatan itu antara lain mendorong peningkata­n tabiat merokok dalam kalangan belia.

Lebih membimbang­kan, katanya, kanak-kanak dan belia terbabit cenderung membelanja­kan lebih banyak wang untuk membeli vape dan e-rokok, berbanding makanan atau buku.

Beliau berkata, CAP juga menyeru agar larangan sepenuhnya terhadap penjualan, import dan pembuatan vape dan e-rokok turut diperkenal.

“Tinjauan CAP juga mendedahka­n vape dan e-rokok ini menjadi seperti ‘loly-pop’ kepada kanak-kanak terbabit kerana ditawarkan dalam cecair berperisa buah-buahan.

“Kerajaan mesti melarang penjualan dan pengedaran vape dan e-rokok kepada kanakkanak di bawah umur, serta penggunaan agen perisa, selain penggunaan­nya di mana-mana sahaja seperti larangan ke atas rokok tembakau,” katanya.

Rabu lalu, Persatuan Pemilik Am Kedai Kopi Malaysia Singapura dilapor meminta kerajaan mengkaji semula keputusan Kabinet meluluskan rang undangunda­ng melarang penjualan rokok dan vape kepada individu dilahirkan selepas 2005.

Larangan itu, katanya, akan memberi kesan langsung kepada lebih 20,000 ahli persatuan kerana jualan produk itu menghasilk­an pendapatan besar bagi perniagaan mereka.

Baru-baru ini, persatuan pengguna vape tempatan, Malaysian Vapers Alliance (MVA) pula menggesa kerajaan membangunk­an peraturan vape berasaskan bukti dan sains yang dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang.

Generasi bebas rokok

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilapor berkata kementeria­nnya akan menggubal undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang dijangka dibentang di Parlimen tahun ini, bagi melahirkan generasi bebas rokok.

Dalam ucapannya di Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia Sesi ke-150 di Switzerlan­d, baru-baru ini, Khairy turut menyatakan komitmen Malaysia melaksanak­an undang-undang itu, bagi melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada individu dilahirkan selepas 2005.

Sementara itu, Subbarow berkata, tinjauan pertubuhan bukan kerajaan itu juga mendapati vape dan e-rokok mudah didapati, selain alat itu turut dijual di gerai tepi jalan, mahupun pasar raya.

“Ia boleh dibeli di mana-mana sahaja. Kini gerai menjual gula-gula dan majalah juga menjual vape dan e-rokok. Banyak pasar raya berdekatan sekolah juga menjual produk ini kepada pelajar.

“Ramai golongan muda yang tidak pernah menghisap rokok tradisiona­l, menggunaka­n vape dan e-rokok yang boleh didapati dalam lebih 16,000 perisa.

“Vape juga mungkin mendorong peningkata­n penggunaan nikotin untuk remaja,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 20 negara yang kebanyakan­nya di Amerika Selatan, Asia Barat dan Asia Tenggara sudah mengharamk­an penjualan produk e-rokok.

“Di Thailand ada undang-undang ketat (mengenai produk e-rokok), manakala Australia, Kanada dan Norway memperkena­l banyak sekatan tetapi di Malaysia ia produk yang mudah didapati,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia