Berita Harian

33 pondok tahfiz hangus sekelip mata

- Oleh Mohd Rafi Mamat bhnews@bh.com.my

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pelajar masih bercuti

Kuantan: Sebanyak 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah Kampung Darat Sungai Ular di sini, musnah dalam kebakaran semalam.

Pengetuany­a, Zaidi Malik, 52, berkata api marak terlalu pantas dalam kejadian jam 9 pagi itu.

“Saya tidak menyangka ujian sebesar ini kami hadapi. Hanya dalam sekelip mata, 33 pondok musnah terbakar.

“Selepas 10 tahun beroperasi, ini kejadian terburuk dilalui,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangk­an ketika kejadian, pondok berkenaan tiada penghuni kerana semua pelajar bercuti.

Zaidi berkata, ketika kebakaran dia dalam perjalanan ke Kelantan sebelum dihubungi penduduk kampung menyatakan pondok tahfiz terbakar.

“Saya berpatah balik untuk melihat kejadian. Setiba di tempat kejadian luluh hati saya melihat apa yang berlaku.

“Saya reda dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” katanya, di sini semalam.

Sementara itu, seorang saksi yang juga penduduk Kampung Sungai Ular, Rusdi Abdul Rahman 41, berkata ketika kejadian dia berada di rumah tidak jauh dari madrasah berkenaan.

Bunyi letupan, asap tebal Katanya, dia mendengar bunyi letupan sebelum ternampak asap tebal dari arah pusat pengajian agama itu.

“Saya segera ke sana dan mendapati beberapa pondok terbakar. Saya cuba padamkan kebakaran, namun gagal kerana api marak dengan cepat.

“Saya hubungi bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya.

Rusdi berkata, kini semua pelajar Madrasah Al Imaniyah sedang bercuti, dia cuba juga membantu menyelamat­kan barang pelajar yang berada dalam pondok, namun hanya sebahagian sempat diselamatk­an.

Pelajar madrasah berkenaan yang menetap di Kampung Sungai Ular, Mohd Fadlulah Ab Ghani, 35, berkata ketika kejadian dia berada di rumah dan hanya mengetahui mengenai kejadian, selepas dihubungi seorang rakan.

“Saya segera ke sana, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sedang marak.

“Saya hanya mampu berdoa supaya api segera dipadam oleh anggota Bomba dan Penyelamat seterusnya dapat menyelamat pondok lain daripada turut rentung,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, terdapat kira-kira 100 pondok di madrasah itu dan 33 daripadany­a musnah sepenuhnya.

“Kebakaran berpunca daripada sebuah pondok di belakang. Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan. Seramai 96 pelajar belajar di situ,” katanya.

1,273 kunjungi kaunter

 ?? (Foto Mohd Rafi Mamat/bh) ?? Anggota bomba memadamkan kebakaran pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Kuantan, pagi semalam..
(Foto Mohd Rafi Mamat/bh) Anggota bomba memadamkan kebakaran pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Kuantan, pagi semalam..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia