Berita Harian

RM200 juta dana teruskan tebatan banjir Sungai Linggi

-

Seremban: Fasa lima Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Linggi diteruskan membabitka­n dana RM200 juta bagi mengatasi banjir di daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih menunggu kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n.

“Sungai Linggi sudah di naik taraf sehingga fasa empat.

“Sekarang sedang menunggu kelulusan untuk fasa lima dan insya-allah akan dimulakan pada tahun hadapan.

“Fasa lima ini nanti membabitka­n proses naik taraf Sungai Linggi dari Kuala Sawah, Rantau hingga ke Jalan Pantai, Seremban sepanjang 20 kilometer (km) dan dijangka dapat mengurangk­an risiko banjir membabitka­n beberapa kawasan Rasah dan Rahang,” katanya.

Aminuddin mengulas mengenai banjir kilat berulang yang melanda beberapa kawasan di daerah ini petang Jumaat lalu, seperti Kampung Semarak.

Pada Persidanga­n Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebelum ini, Menteri Besar menjelaska­n sepanjang 27km tebatan banjir disiapkan, sejak pelaksanaa­n RTB Sungai Linggi dari 2009 hingga 2015 dengan kos RM86.57 juta

Siapkan projek 10km lagi Beliau berkata, sepanjang 10km lagi sedang disiapkan dalam projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi fasa empat yang menelan kos RM66.6 juta.

“Kerajaan negeri berharap kelulusan peruntukan bagi RTB itu dapat disegeraka­n bagi membolehka­n usaha menangani banjir di kawasan penempatan pinggir Sungai Linggi dapat diatasi,” katanya.

Penduduk di beberapa penempatan meluahkan rasa kecewa apabila kediaman mereka dilanda banjir kilat, malah terdapat yang sudah tiga kali dilanda bencana itu tahun ini.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Orang ramai membeli barangan keperluan di khemah jualan Keluarga Malaysia sempena Program AKM Kelantan, semalam.
(Foto BERNAMA) Orang ramai membeli barangan keperluan di khemah jualan Keluarga Malaysia sempena Program AKM Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia