Berita Harian

Mangsa ribut Kampung Tualang reda

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Penduduk hadapi kekangan kewangan tak mampu baiki kediaman rosak

Kuala Krai: Mangsa ribut di Kampung Tualang, di sini pasrah dengan keadaan sebahagian rumah masing-masing yang tidak berbumbung dan dinding terkopak kerana tidak mampu dibaik pulih berikutan kekangan kewangan.

Walaupun kejadian ribut berserta hujan batu di kampung itu menyebabka­n 13 rumah mengalami kerosakan, sudah dua minggu berlalu, namun masih ada mangsa terpaksa tinggal dalam keadaan sedemikian.

Anas Ardi Ali Mohamed Jamil, 31, rumah pusaka yang sedia ada uzur semakin daif disebabkan kejadian pada malam 9 Julai lalu yang menyebabka­n sejumlah kepingan zink tercabut dan diterbangk­an angin.

“Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, saya berada dalam rumah dan tiba-tiba ribut melanda dengan kuat sehingga menerbangk­an kepingan zink dan sebahagian dinding terkopak.

“Memang asal rumah ini sudah uzur kerana banyak dinding sudah dimakan anai-anai, tetapi selepas kejadian ribut itu, kediaman saya ini semakin teruk dan kelihatan seolah-olah rumah terbiar,” katanya ketika ditemui semalam.

Harap bantuan JKM

Anas Ardi yang tinggal berseorang­an berkata, dengan keadaannya yang tidak bekerja kerana menghidap kencing manis, buah pinggang serta skizofreni­a, hidupnya hanya mengharapk­an bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja, sekaligus tidak mampu untuk membaik pulih rumahnya yang sudah pasti menelan kos besar

Situasi sama dialami Rohana Sidik, 57, yang menyebabka­n beberapa keping atap zink rumahnya diterbangk­an ribut dan dinding di bahagian dapurnya turut terkopak yang sehingga kini masih belum dapat dibaiki.

Rohana berkata, ribut kencang bersama hujan batu bukan sahaja menimpa kediamanny­a, tetapi juga menyebabka­n banyak pokok sekitar hampir tumbang malah anaknya, Mohd Aidi Norizan, 32, nyaris ‘hilang nyawa’ kerana diterbangk­an ribut ketika berada dalam rumah rakit.

“Rumah saya di tepi Sungai Lebir dan ketika kejadian anak sedang berehat dalam rumah rakit sebelum angin ribut yang datang dengan tiba-tiba menerbangk­an rumah rakit itu bersamanya.

“Kami masih belum mampu menukar atap zink baharu dan kini hanya berlindung dengan kanvas sahaja yang dipasang dan jika berlaku hujan, memang akan bocor menyebabka­n saya meletakkan besen untuk menadahnya,” katanya.

Terdahulu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusin­ya, Che Norhayati Mohamed hadir menyampaik­an sumbangan makanan asas dan wang zakat kepada mangsa.

 ?? (Foto Siti Rohana Idris/bh) ?? Che Norhayati (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan makanan asas dan wang zakat kepada mangsa ribut di Kampung Tualang, Kuala Krai, semalam.
(Foto Siti Rohana Idris/bh) Che Norhayati (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan makanan asas dan wang zakat kepada mangsa ribut di Kampung Tualang, Kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia