Berita Harian

UMS warta hutan simpan dalam kampus

-

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif mewartakan kira-kira 25 hektar kawasan hutan di dalam kampusnya sebagai hutan simpan.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada program pembanguna­n pendidikan dan penyelidik­an hutan yang dilaksanak­an universiti berkenaan.

Taufiq berkata, hutan simpan yang dikenali sebagai SFERA@ UMS itu juga digunakan untuk aktiviti penanaman pokok bagi menyokong Program Penghijaua­n Malaysia menerusi kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

“Selaras dengan aspirasi negara untuk mengekalka­n kawasan hutan sebanyak 50 peratus, UMS mewartakan sebahagian daripada tanah berhutan di kampus kepada Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) khas untuk penyelidik­an hutan secara mapan dalam bidang sains perhutanan.

“Langkah ini bagi mencontohi negara maju seperti Jerman dan Jepun yang sudah lama membangunk­an satu kawasan khas untuk hutan universiti bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Tegas Taufiq, menerusi pewartaan (Foto ihsan UMS)

hutan simpan berkenaan, ia diharap dapat menjadi titik permulaan untuk menonjolka­n pengajian perhutanan di UMS secara global.

Langkah itu juga sebahagian daripada program sambutan Hari Hutan Antarabang­sa yang disambut setiap bulan Mac.

Sempena sambutan itu juga, lebih 200 pokok pelbagai spesies seperti Pulai, Selangan Batu, Seraya, Urat Mata dan Kapur ditanam di hutan UMS dengan sasaran untuk menanam sebanyak 200,000 pokok menjelang 2025.

Lebih proaktif

Universiti itu juga turut menyasarka­n setiap kakitangan­nya menanam dua pokok di sekitar kampus dan tempat bersesuaia­n termasuk kawasan kolaborasi bersama rakan strategik UMS.

Sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa juga, UMS memeterai surat penyataan niat (letter of intent) di antara FPT yang diwakili oleh dekannya, Prof Madya Dr Normah Awang Besar dan Pengarah Forest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Guy Thornton.

Ia merangkumi hasrat keduadua pihak dalam melaksanak­an aktiviti perhutanan secara lebih proaktif pada masa akan datang.

Taufiq (dua kiri) melancarka­n hutan simpan dalam kampus, SFERA@UMS di kampus induknya, di Kota Kinabalu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia