Berita Harian

UMP dekati masyarakat melalui kempen Sikamat Sihat

- Oleh: Mohd Amin Jalil

bhpendidik­an@bh.com.my

Seremban: Menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) tidak bermaksud hanya fokus kepada pengajian sematamata sebaliknya tempoh itu seharusnya digunakan juga untuk mendekati masyarakat.

Justeru aktiviti kesukarela­wan sudah menjadi identiti pelajar IPT sejak dahulu. Hal ini diakui 40 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang meluangkan masa berkunjung ke Sikamat di Negeri Sembilan bagi menjayakan program Kempen Sikamat Sihat.

Program bercorak kemasyarak­atan itu juga diadakan dengan tujuan menyemai budaya hidup sihat dan melestarik­an persekitar­an. Ia juga adalah sebahagian elemen penting kepada pembentuka­n keluarga sejahtera.

Pengarah program, Muhammad Kamal Fitri Nasruddin, berkata program dijayakan bersama Sekretaria­t Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di Balai Raya Sikamat di sini.

“Penyertaan mahasiswa dalam aktiviti begini bagi mendekatka­n lagi mereka dengan masyarakat dan memahami realiti kehidupan sebenar.

“Selain tumpuan kepada pengajian, program sebegini adalah peluang menanamkan kesedaran kepada generasi muda di lokaliti ini mengenai kepentinga­n pendidikan,” katanya.

Pelbagai aktiviti

Menerusi program itu juga pelbagai kegiatan diadakan termasuk pemeriksaa­n kesihatan percuma selain gotong royong membersihk­an kawasan masjid dan surau serta menanam 50 pokok bagi tujuan penghijaua­n kawasan sekitar.

Turut diadakan sesi kaunseling kepada pelajar sekolah sebagai

Aminuddin beramah mesra dan memberi kata-kata nasihat serta perangsang kepada mahasiswa.

Aminuddin (tengah) bersama mahasiswa UMP yang menjayakan Kempen Sikamat Sihat.

usaha menanam motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam pelajaran.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam penutupan program berkenaan menggesa supaya aktiviti kesukarela­wan sentiasa menjadi identiti mahasiswa.

“Status mahasiswa sebagai golongan berpendidi­kan tinggi harus (Foto Mohd Amin Jalil/bh)

diterjemah­kan dalam masyarakat supaya ia boleh dijadikan contoh terbaik kepada orang lain.

“Program sebegini juga mampu melahirkan mahasiswa yang bertanggun­gjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitka­n diri secara langsung bagi membantu menyelesai­kan masalah ketidaksei­mbangan dalam masyarakat,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia