Berita Harian

UCSI universiti ke-284 terbaik dunia

Terpilih dalam senarai institusi pengajian tinggi bagi TESP 2022 MARA

-

Pro Naib Canselor Universiti UCSI (Kampus Kuala Lumpur), Profesor Datuk Dr Toh Kian Kok (kanan) menerima Anugerah paling berprestas­i QS mewakili UCSI sempena Edudata Summit edisi ke-7 daripada wakil QS World University Ranking di New York, Amerika Syarikat, bulan lalu.

Kuala Lumpur: Universiti UCSI terus mendaki tangga kedudukan institusi pengajian tinggi dengan menempatka­n diri dalam kelompok 0.9% terbaik di dunia.

QS World University Rankings 2023 dalam penilaian terkini menempatka­n UCSI pada kedudukan ke-284 sekali gus naik 63 anak tangga, berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini juga melayakkan UCSI menerima Anugerah Paling Berprestas­i sempena QS Edudata Summit (EDS) 2022 di Amerika Syarikat (AS) Jun lalu, dan menjadikan UCSI, universiti tunggal di dunia yang menerima pengiktira­fan itu atas lonjakan kedudukan paling banyak.

Naib Canselor Universiti UCSI, Profesor Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata pencapaian terkini institusi ini menghantar isyarat jelas kepada pemegang taruh dan rakan kongsi bahawa UCSI komited dalam menyediaka­n platform berkualiti tinggi untuk pendidikan pengajian tinggi.

“Kedudukan ini membuktika­n universiti UCSI adalah institusi berdaya saing di peringkat antarabang­sa yang diiktiraf kejayaanny­a dalam pelbagai bidang.

“Tahniah kepada semua pemegang taruh, rakan kongsi dan juga profesor, pensyarah, penyelidik, dekan serta pelajar kami atas kerja keras mereka yang memacu pengiktira­fan antarabang­sa ini,” katanya.

Tahun kelima catat peningkata­n pencapaian Menurutnya, ini adalah tahun kelima UCSI mencatat peningkata­n pencapaian sejak memasuki senarai QS World University Rankings pada tahun 2019.

Pada April lalu, Institut Muzik (Imus) UCSI diiktiraf sekolah muzik terbaik di Malaysia buat kali kelima bagi seni persembaha­n oleh QS World University Rankings Mengikut Subjek 2022.

Sementara, subjek Pengurusan Pelanconga­n dan Hospitalit­i UCSI kekal dalam kelompok 40 terbaik sekali gus kedua terbaik di Malaysia.

UCSI turut memiliki hubungan baik dengan universiti terbaik dunia di mana pelajar berpeluang dipilih untuk program penyelidik­an termasukla­h di Harvard University, Imperial College London, Tsinghua University, University of Chicago dan University of Queensland.

Menurut laporan Kebolehpas­aran Graduan Kementeria­n Pengajian Tinggi 2021, kesemua program UCSI mencatatka­n skor 100% dan ini menjadikan kebolehpas­aran graduan UCSI amat tinggi serta mendapat tempat di pelbagai peringkat.

Peluang menyambung pengajian di universiti UCSI semakin terbuka luas apabila UCSI terpilih dalam senarai institusi pengajian tinggi bagi Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2022) MARA untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat ijazah pertama.

Program pengajian yang ditawarkan di UCSI di bawah TESP 2022 ini membabitka­n lapan program sarjana muda dengan kepujian iaitu Farmasi, Sains Akuatik, Kejurutera­an Komputer (Kecerdasan Buatan), Kejurutera­an Mekatronik, Kejurutera­an Kimia, Kejurutera­an Elektrik &; Elektronik, Kejurutera­an Mekanikal serta Doktor Perubatan (MD).

Pelajar baharu yang ingin memohon mesti mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulas­i / Persediaan / STPM / Diploma atau yang setaraf manakala bagi pelajar sedia ada digalakkan pemohon berada di tahun pertama atau tahun kedua dengan mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu.

Peluang ini dibuka kepada pelajar Bumiputera bermula 29 Julai sehingga 5 Ogos ini bagi pengambila­n Julai manakala bagi pengambila­n September, permohonan dibuka pada 19 September sehingga 21 Oktober 2022.

Layari https:// apps.ucsiuniver­sity. edu.my/mara/index. aspx?source=other& utm_source untuk memohon atau hubungi 011-3591 5021 untuk maklumat lanjut.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia