Berita Harian

OPR mungkin naik 2 kali lagi jika inflasi meningkat

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Lonjakan harga makanan, bahan api antara dorongan kerajaan bertindak stabilkan tekanan

mahanum_aziz@bh.com.my

Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman di negara ini berkemungk­inan besar dinaikkan dua kali lagi tahun ini jika inflasi terus meningkat, kata penganalis­is.

Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanak­an pelarasan menaik sejak Mei lalu dengan kenaikan 50 mata asas setakat ini, kenaikan kadar selanjutny­a adalah lebih jelas sekarang.

Beliau berkata, peningkata­n berterusan dalam inflasi makanan dan bahan api, ditambah peningkata­n relatif inflasi teras, mungkin dapat perhatian lebih daripada pihak berkuasa.

“Walaupun kami kekal unjuran hanya satu lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas tahun ini (pada mesyuarat September akan datang), mungkin terdapat lebih banyak dorongan untuk satu lagi kenaikan 25 mata asas (pada Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) terakhir pada November). ,

am sa u no a n. flasiutama­mala si - kat kepada 3.4 peratus pada Jun 2022, lebih tinggi berbanding 3.3 peratus yang diunjurkan OCBC Bank dan 3.2 peratus yang diunjurkan pasaran.

Peningkata­n kadar inflasi domestik itu dipacu kenaikan harga makanan dengan subindeks mencatatka­n lonjakan sebanyak 6.1 peratus.

Dalam tempoh itu, Wiranto berkata, lonjakan harga ayam menunjukka­n dorongan utama.

Sementara itu, beliau berkata, kesan kenaikan harga komoditi global boleh dilihat dengan jelas menerusi peningkata­n inflasi harga bahan api apabila RON97 yang tidak bersubsidi melonjak ketara sebanyak 80 peratus dari tahun ke tahun kepada RM4.77 seliter berbanding RM2.67 seliter pada Jun tahun lalu, sekali gus meningkatk­an inflasi keseluruha­n.

Tambahan lagi, beliau berkata, terdapat beberapa tanda selanjutny­a bahawa kenaikan harga kini dirasai melangkaui kategori makanan dan bahan api.

“Inflasi teras meningkat 3.0 peratus pada Jun berbanding 2.4 peratus sebelumnya, menjadikan ia catatan tertinggi sejak Mac 2016. Pada akhir 2021, inflasi teras berada pada hanya 1.1 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research menjangkak­an inflasi makanan domestik meningkat pada kadar sederhana pada separuh kedua 2022 berikutan penguranga­n sokongan

Ahli Ekonomi OCBC Bank

subsidi makanan beberapa barangan dan penurunan sedikit harga komoditi global, terutama harga berkaitan pertanian.

Tambahan pula, ia berkata, inflasi makanan global seperti dilaporkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turun ke paras terendah empat bulan iaitu 23.1 peratus pada Jun 2022.

“Kami percaya jangkaan pelaksanaa­n semula eksport bijirin melalui pelabuhan Laut Hitam Ukraine boleh mengurangk­an tekanan inflasi makanan global dalam jangka masa terdekat. Kami menjangkak­an inflasi makanan kepada purata 4.5 peratus untuk 2022,” katanya.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus pada temu bual bersama BH baru-baru ini menjelaska­n, keputusan bank pusat itu menaikkan OPR bertujuan memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuha­n ekonomi dalam jangka panjang.

Katanya, kenaikan itu perlu dibuat bagi mengelakka­n turun naik harga yang keterlalua­n dalam ekonomi.

Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat pelarasan dengan menaikkan OPR pada mesyuarat 11 Mei dan 6 Julai lalu masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia