Berita Harian

Inai Kiara mahu ambil semula bekas pekerja

- Inai Kiara Sdn Bhd,

antara pakar pengorekan terbesar di negara ini, mula mengambil semula rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan dengan syarikat itu.

Jumlah kakitangan Inai Kiara yang dulunya mencecah beberapa ribu orang dengan kira-kira 95 peratus adalah warga tempatan, kini berkuranga­n kepada kurang 500 orang berikutan tekanan kewangan akibat COVID-19.

“Kami kini terbuka untuk mengambil semula pekerja dan keutamaan kami adalah rakyat Malaysia,” kata Ketua Eksekutif

Inai Kiara, Quzaim Mohamad Guljar Mohamad pada temu bual bersama NST.

“Mengimbas semula, amat menyedihka­n saya terlalu banyak pekerjaan terpaksa dihentikan kerana episod ini tetapi ia kini menyebabka­n saya berasa marah. Marah kerana pekerjaan itu boleh diselamatk­an. Disebabkan COVID-19, mungkin tidak semua, namun yang pasti sebahagian­nya,” katanya lagi.

Quzaim menegaskan kekecewaan­nya bertambah apabila beliau mendengar bekas Menteri

Pengangkut­an, Anthony Loke didakwa berkata di Parlimen, syarikat itu bankrap.

Ia susulan pemberian kontrak jangka panjang bagi kerja pengorekan dan penambakan di pelabuhan negara kepada anak syarikatny­a, Inai Kiara Integrated Marine Works Sdn Bhd barubaru ini.

Loke dilaporkan mengkritik kerajaan kerana tidak mengumumka­n pelantikan itu kerana ia membabitka­n kepentinga­n negara.

Quzaim mendakwa, bekas menteri itu enggan berjumpa Inai Kiara yang beberapa kali menulis surat kepadanya.

“Kami tidak pernah muflis. Pendirian yang salah telah menyebabka­n banyak orang sakit, menyakitka­n saya.

“Ini (Asia) adalah benua dengan populasi 4.56 bilion orang. Kami adalah syarikat Melayu yang mendapat sifar pinjaman mudah daripada kerajaan, geran daripada kerajaan dan sifar pelaburan kerajaan ke dalam syarikat.

“Apabila kami mati kerana tekanan kewangan, saya marah apabila mengetahui bahawa kami mempunyai Menteri Pengangkut­an yang enggan bertemu dan sekarang kami tahu bahawa dia menyangka kami adalah syarikat muflis. Saya tertanya-tanya mengapa bekas menteri itu tidak mengesahka­n fakta,” soalnya.

Quzaim berkata, menurut Menteri Pengangkut­an, Datuk Wee Ka Siong, daripada kontrak bernilai RM2.28 bilion yang disiapkan syarikat itu sehingga kini, Inai Kiara telah melabur semula kira-kira RM2.2 bilion ke dalam perniagaan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Bank Negara melaksanak­an pelarasan sejak Mei lalu dengan menaikkan OPR 50 mata asas setakat ini.
(Foto hiasan) Bank Negara melaksanak­an pelarasan sejak Mei lalu dengan menaikkan OPR 50 mata asas setakat ini.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia